Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rolland Duat lawat petugas barisan hadapan
  • TEMPATAN

Rolland Duat lawat petugas barisan hadapan

Utusan Sarawak 5 years ago

AKUN GIMAN

JULAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Rolland Duat turun padang melawat petugas Sekatan Jalan Raya (SJR) di simpang Julau semalam sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Kehadiran Rolland sedikit sebanyak memberi motivasi kepada petugas untuk terus setia menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka.

Beliau mengucapkan Selamat Hari Polis Ke 213 kepada semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh Malaysia.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan di atas pengorbanan PDRM khasnya dalam situasi Covid-19 ini,” jelasnya.

Rolland telah menghulurkan sumbangan air minuman dan makanan kepada Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Julau.

Sumbangan berupa air mineral, air kotak dan pelbagai jenis makanan telah dimulakan sejak 19 Mac lalu dan akan terus disalurkan sepanjang tempoh penugasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Turut sama menerima sumbangan itu ialah Ikatan Relawan Malaysia (RELA) Daerah Julau.

Continue Reading

Previous: Penting kesedaran patuhi PKP
Next: Covid-19: Meninggal dunia kes ‘import’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.