Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rokok seludup bernilai RM4.7 juta dirampas
  • TEMPATAN

Rokok seludup bernilai RM4.7 juta dirampas

Utusan Sarawak 4 years ago
DITAHAN… Seorang lelaki (tengah) dipercayai PATI ditahan ketika cubaan menyeludup rokok putih di kawasan Tanjung Enasan Tinggi, Bukit Skaban, Merapok di Lawas, semalam.

LAWAS: Kumpulan penyeludup rokok berputih mata apabila cubaan menyeludup sejumlah 30,000 karton rokok di Merapok di sini berjaya digagalkan oleh Tentera Darat Malaysia, semalam.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (Satu Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku sekitar 12.30 tengah malam di kawasan Tanjung Enasan Tinggi, Bukit Skaban.

Ketika kejadian, sepasukan anggota yang sedang melakukan rondaan mengesan dua lori yang kelihatan mencurigakan melalui kawasan tersebut.

“Pasukan kemudian bertindak menahan kedua-dua kenderaan berkenaan bagi tujuan pemeriksaan sebelum tiga daripada empat individu yang ditahan melarikan diri.

“Bagaimanapun, seorang lelaki, 35, dipercayai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tidak berjaya meloloskan diri dan ditahan berikutan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,” kata kenyataan itu.

Justeru, sejumlah RM4,708,700 nilai keseluruhan barangan berjaya dirampas melibatkan dua buah lori dan sebanyak 30,000 karton rokok putih.

Sementara itu, lelaki yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (e) AKTA KASTAM 1967 memiliki barangan tanpa cukai.

Continue Reading

Previous: PCDS 2030 PULIHKAN EKONOMI
Next: Perpaduan bentuk Keluarga Malaysia di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.