Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Roket Starship 36 meletup semasa ujian
  • GLOBAL

Roket Starship 36 meletup semasa ujian

Utusan Sarawak 10 hours ago
ROKET SpaceX Falcon 9 dan kapal angkasa Dragon berada di pelantar di Kompleks Pelancaran 39A di Pusat Angkasa Kennedy NASA sebelum pelancaran Misi Axiom-4 oleh Axiom Space pada 10 Jun 2025 di Cape Canaveral, Florida. Foto AFP

SACRAMENTO: Roket Starship 36 milik SpaceX meletup semasa ujian rutin di darat sekali gus menjadi kegagalan terbaharu yang melanda program angkasa lepas syarikat itu sepanjang tahun ini, lapor Xinhua.

“Pada Rabu, 18 Jun sekitar 11.00 malam CT (0400 Khamis GMT), roket Starship yang bersedia untuk ujian penerbangan kesepuluh mengalami anomali besar semasa berada di pelantar ujian di Starbase,” kata SpaceX dalam satu hantaran di platform X, sambil mengesahkan bahawa “semua kakitangan selamat dan “tiada bahaya terhadap penduduk sekitar.”

Letupan itu berlaku ketika jurutera sedang membuat persiapan untuk ujian pembakaran statik ke atas roket bersaiz besar itu.

Rakaman video memaparkan detik kemusnahan itu dengan menunjukkan letupan berlaku berhampiran muncung roket beberapa saat sebelum bola api besar meletup ke langit malam dengan serpihan bertaburan di sekitar kemudahan itu. Kebakaran yang tercetus susulan letupan berkenaan berlanjutan selama lebih 90 minit sebelum berjaya dipadamkan, lapor CBS News.

DETIK Starship 36 meletup.

Media tempatan melaporkan bahawa tingkap rumah berhampiran bergegar dan kesan letupan turut dirasai sehingga Pulau South Padre dan Port Isabel yang terletak beberapa kilometer dari tapak ujian.

Awal tahun ini, tiga penerbangan Starship juga mengalami kegagalan berturut-turut dengan masalah teknikal, khususnya berkaitan enjin Raptor dikenal pasti sebagai punca utama kepada siri kegagalan itu.

– Bernama 

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Penerbangan di lapangan terbang Bali kembali beroperasi
Next: Pesawat Air India diselenggara baik sebelum terhempas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.