Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Roglic menang peringkat keempat
  • SUKAN

Roglic menang peringkat keempat

Utusan Sarawak 5 years ago

Team Cofidis rider France's Guillaume Martin (R), Team Jumbo rider Slovenia's Primoz Roglic (C) and Team Deceuninck rider France's Julian Alaphilippe (L) ride during the 4th stage of the 107th edition of the Tour de France cycling race, 157 km between Sisteron and Orcieres-Merlette, on September 1, 2020. (Photo by KENZO TRIBOUILLARD / AFP)

PELUMBA Team Cofi dis, Guillaume Martin (kanan), pelumba Team Jumbo, Primoz Roglic (tengah) dan pelumba Team Deceuninck, Julian Alaphilippe (kiri) bersaing pada peringkat ke-4 edisi ke-107 perlumbaan berbasikal Jelajah Perancis, 157 km antara Sisteron dan Orcieres-Merlette. •Foto AFP

PESAING Jelajah Perancis yang diberi perhatian panas, Primoz Roglic memenangi peringkat empat dalam penamat pertama yang berakhir di puncak tetapi gagal menjatuhkan pesaing utamanya dalam proses itu, termasuk pendahulu keseluruhan, Julian Alaphilippe.

Pada hari yang sempurna untuk berlumba juara Vuelta a Espana itu menewaskan rakan senegaranya dari Slovenia, Tadej Pogacar di tempat kedua, sementara Guillaume Martin berada di tempat ketiga setelah kayuhan 160.5 kilometer (km) ke garisan penamat di ketinggian 1850 meter.

“Ini adalah hari yang sangat sukar dan itu adalah kemenangan yang bagus,” kata bekas pelompat ski, Roglic, yang kekal merendah diri sejak telibat dalam kemalangan mengerikan yang menyaksikan dia kehilangan banyak kulit dalam perlumbaan terakhirnya.

“Saya sangat gembira dapat menang, tetapi saya harus menerima dia masih kuning,” katanya mengenai pelumba dari Perancis, Alaphilippe.

Penyandang gelaran Egan Bernal dari Colombia mengekalkan tenaga beliau setelah Roglic melakukan pecutan hanya 400 meter dari garisan penamat, menamatkan perlumbaan dengan selesa dalam kumpulan terpilih sekitar 20 orang.

Pengarah sukan pasukan Jumbo-Visma, Roglic, Grischa Niermann berkata, menjelang peringkat ini adalah peluang untuk menguji kaki dan pesaing mereka. – AFP

Continue Reading

Previous: Murray ke pusingan kedua
Next: Hegerberg jalani pembedahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.