Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Rodrigo Paz angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia
  • GLOBAL

Rodrigo Paz angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia

Utusan Sarawak 11 hours ago
Presiden baharu Bolivia, Rodrigo Paz, melambai kepada penyokong bersama anaknya dari balkoni Istana Kerajaan Palacio Quemado semasa majlis angkat sumpahnya di La Paz, semalam. Foto AFP

BOGOTA: Rodrigo Paz memenangi pilihan raya presiden Bolivia pada 19 Oktober, mengangkat sumpah jawatan sebagai Presiden bagi penggal 2025–2030 dalam majlis rasmi di Parlimen semalam, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Paz secara rasmi memegang jawatan itu selepas menerima selempang presiden dalam upacara di Kongres, yang terletak di ibu kota pentadbiran La Paz.

Dalam ucapan sulungnya, beliau berkata kerajaan terdahulu telah meninggalkan ekonomi negara dalam keadaan “runtuh, dibebani inflasi dan hutang.”

“Kami mewarisi sebuah negara yang hancur. Mereka tinggalkan ekonomi yang lumpuh, rizab antarabangsa terendah dalam tempoh 30 tahun, inflasi, kekurangan bekalan, hutang dan ketidakselamatan.

 “Mereka tinggalkan defisit fiskal yang tidak wajar. Rasuah sudah menjadi dasar negara. 

“Kami berkata cukup kepada ideologi yang gagal menyediakan makanan di atas meja rakyat.

“Kami menolak sistem yang tidak menghormati pekerjaan, pengeluaran, pertumbuhan dan hak milik persendirian,” kata beliau.

Majlis itu turut dihadiri pemimpin serta wakil dari Argentina, Chile, Ecuador, Paraguay, Uruguay, Peru, Brazil, Panama, El Salvador, Costa Rica serta Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Christopher Landau.

Paz, anak kepada bekas Presiden Bolivia Jaime Paz Zamora, mengambil alih kepimpinan negara ketika Bolivia berdepan antara krisis ekonomi paling buruk dalam tempoh empat dekad.

Dalam pusingan penentu pilihan raya pada 19 Oktober lalu, Paz yang mewakili Parti Demokrat Kristian berhaluan tengah kanan meraih 54.53 peratus undi, menewaskan pencabarnya sekali gus menamatkan pemerintahan 20 tahun parti Gerakan Sosialisme (MAS) yang sinonim dengan aliran politik kiri di Bolivia dan Amerika Latin.

-BERNAMA-ANADOLU

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Puting beliung ragut enam nyawa, musnahkan sebuah bandar di selatan Brazil
Next: Gempa bumi 5.6 skala Richter landa timur Yamada, Jepun – USGS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.