Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rodiyah umum peruntukan, Awla komited atasi banjir di Simunjan
  • TEMPATAN

Rodiyah umum peruntukan, Awla komited atasi banjir di Simunjan

Utusan Sarawak 2 days ago

SIMUNJAN: Majlis Ngiling Bidai yang berlangsung meriah di Kampung Melanjok Asal malam tadi bukan sahaja menyemarakkan warisan budaya masyarakat setempat, malah turut menjadi platform penting bagi penyampaian komitmen wakil rakyat terhadap pembangunan komuniti luar bandar.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada seluruh komuniti kampung atas kerjasama dan usaha gigih menjayakan majlis tahunan itu.

Beliau turut mengumumkan penyaluran peruntukan sebanyak RM5,000 kepada komuniti kampung, melibatkan RM3,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melanjok Asal, serta RM2,000 kepada Gereja Seventh-day Adventist (SDA) Melanjok.

Simbolik penyampaian cek turut dilakukan sebagai sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti tahunan mereka.

“Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang bekerjasama serta bertungkus-lumus menjayakan majlis malam tadi.

“Inilah yang saya harapkan, kesediaan untuk bekerjasama demi kemajuan kampung,” ujarnya.

Rodiyah turut menegaskan komitmennya untuk terus menyokong program pembangunan di peringkat akar umbi, sejajar dengan matlamat kerajaan membangunkan komuniti luar bandar secara inklusif dan mampan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris, yang turut hadir, menyatakan keprihatinan terhadap isu banjir berulang yang menjejaskan beberapa kampung di Zon Temiang.

Ini, katanya, termasuk Kampung Melanjok, Kampung Sekendu, Kampung Sungai Lingkau dan Kampung Simunjan Jaya.

Menurut Awla, beliau akan memohon kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) untuk membina struktur ban di kawasan berisiko bagi menghalang kemasukan air semasa musim tengkujuh.

“Dengan adanya ban ini, penduduk kampung akan lebih mudah menjalankan aktiviti pertanian tanpa gangguan akibat banjir,” katanya.

Bagaimanapun, Awla menjelaskan bahawa projek pembinaan ban tersebut memerlukan kos yang tinggi serta tempoh pelaksanaan yang panjang.

Oleh itu, Awla memohon agar penduduk terus bersabar dan memberi sokongan kepada proses perancangan dan pelaksanaan yang akan dijalankan.

Majlis turut diserikan dengan acara tradisional “ngetas ranyai”, sebagai simbolik penutupan musim menuai dan tanda kesyukuran atas hasil tuaian.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Penghulu Jubin Sili, Wakil Tuai Rumah Kampung Melanjok Asal, Papong Uwi, serta tuai-tuai rumah dari kampung sekitar.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pembinaan Jambatan Sejingkat capai 52.45 peratus, sedikit lewat daripada sasaran
Next: Julaihi pantau krisis air di Lawas, percepat pemulihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.