Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rodiyah saksi penyerahan projek naik taraf Bangunan Warisan Permata Songket di Kampung Perintah
  • Selatan
  • WILAYAH

Rodiyah saksi penyerahan projek naik taraf Bangunan Warisan Permata Songket di Kampung Perintah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MAJLIS penyerahan projek naik taraf Bangunan Warisan Permata Songket yang terletak di Kampung Perintah disaksikan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee, hari ini. -Foto UKAS

GEDONG: Usaha untuk memperkasa seni warisan tenunan songket tempatan terus diperkukuh apabila Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee telah menyaksikan majlis penyerahan projek naik taraf Bangunan Warisan Permata Songket yang terletak di Kampung Perintah, Gedong, hari ini.

Majlis penyerahan tersebut menyaksikan pemindahan tanggungjawab pelaksanaan projek daripada agensi pelaksana di bawah Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak (SDO) kepada kontraktor yang telah dilantik secara rasmi.

Projek ini diluluskan di bawah peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) 2024 dengan kos keseluruhan berjumlah RM42,000.

Skop kerja naik taraf melibatkan pelbagai penambahbaikan infrastruktur bangunan bagi memastikan keselesaan serta keselamatan para peserta dan penenun songket.

Antara kerja-kerja utama termasuk pendawaian sistem elektrik, pemasangan paip air baharu, penambahan sistem penghawa dingin dan ‘exhaust fan’ jenis siling di kawasan tandas.

Selain itu, kerja-kerja ‘retesting’ bagi permohonan meter elektrik serta pembaikan kecil sistem paip turut dilaksanakan.

Projek ini dijadualkan siap dalam tempoh 16 minggu dengan tarikh penyempurnaan ditetapkan pada 25 September 2025.

Namun begitu, Rodiyah menyuarakan harapan agar projek ini dapat disiapkan lebih awal daripada jadual asal, bagi mempercepatkan manfaat kepada komuniti setempat.

“Saya amat berharap agar pihak kontraktor dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan komitmen penuh dan menyiapkan projek lebih awal daripada tarikh sebenar.

Ini penting bagi memastikan para peserta yang terlibat dalam seni tenunan songket dapat menjalankan aktiviti mereka dalam persekitaran yang lebih selesa, bersih dan selamat,” ujar beliau.

Beliau turut menekankan bahawa bangunan ini bukan sekadar sebuah fasiliti, tetapi lambang ketekunan serta identiti warisan masyarakat tempatan yang perlu dipelihara dan diperkasa untuk generasi akan datang.

Pelaksanaan projek ini dijangka akan memberi impak langsung terhadap produktiviti para penyongket serta meningkatkan daya tarikan lokasi ini sebagai pusat komuniti dan warisan budaya. -UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rodiyah serah dana RM120,000 kepada 40 JKKK bagi Daerah Gedong
Next: Utamakan keselamatan sempena sambutan Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.