Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Robot kuda bercakap akan dijual di Jepun pada 2035
  • GLOBAL

Robot kuda bercakap akan dijual di Jepun pada 2035

Utusan Sarawak 15 hours ago
CORLEO, robot yang boleh ditunggang seperti motosikal dan kuda, mempamerkan keupayaan mendaki, meredah hutan dan menyeberangi sungai. Foto AGENSI

TOKYO: Sebuah robot yang menyerupai singa dan dikawal seperti motosikal serta kuda akan mula dijual pada 2035, menurut Takahiro Ueno, Pengurus Projek Pasukan Pembangunan Safe Adventure di Pejabat Projek Am Kawasaki Heavy Industries yang melapor terus kepada presiden syarikat itu, kepada Sputnik/RIA Novosti.

“Buat masa ini ia masih di peringkat konsep. Namun menjelang 2035, jualan akan bermula. Kami telah mengumumkan perkara ini (permulaan persiapan untuk pengeluaran industri). Ia telah diputuskan,” katanya.

Ueno memberitahu Sputnik/RIA Novosti mengenai konsep Corleo, yang menandakan permulaan kepada usaha merealisasikan idea perjalanan manusia yang selamat merentasi kawasan berceranggah – tempat yang tidak dapat diakses dengan berjalan kaki atau menggunakan sebarang bentuk pengangkutan lain.

Rakaman Corleo mengagumkan: robot itu bersama penunggangnya mendaki puncak gunung, meredah hutan tebal, menyeberangi sungai pergunungan dan melompat melepasi halangan.

“Pertama sekali, kami mahu mencipta robot yang dapat bergerak seakan-akan menjadi satu dengan manusia, robot yang boleh ditunggang serta membolehkan manusia menggunakan semua fungsinya. Ia juga perlu memastikan keselamatan.

“Konsepnya adalah untuk ia menjadi robot yang mematuhi manusia dan bergerak mengikut keperluan mereka. Ia adalah gabungan motosikal dan kuda, membolehkan manusia sampai ke tempat yang tidak boleh dilalui dengan berjalan kaki atau menunggang,” jelas Ueno.

Beliau berkata harga ‘robot pengembara’ itu dijangka tidak mencecah enam angka dalam dolar AS.

“Saya bertanggungjawab ke atas bahagian teknikal, jadi sukar untuk saya menyatakan harganya. Namun ia tidak akan berharga 100 juta yen (AS$640,000); kemungkinan besar jauh lebih rendah, sekitar puluhan ribu dolar,” kata Ueno.

Corleo mempunyai berat sekitar 200 kilogram, dan bersama penunggang, beratnya sekitar 300 kilogram.

“Ini bermakna ia boleh membawa individu seberat sehingga 100 kilogram. Ia menggunakan bateri dan elektriknya dijana oleh enjin hidrogen. Enjin itu tidak terlalu besar, kira-kira sebesar saiz kepala manusia. Ia mempunyai empat tangki hidrogen yang digunakan oleh enjin untuk menjana elektrik. Tangki itu mampu bertahan untuk perjalanan sepanjang hari. Namun, kami mengesyorkan membawa tangki hidrogen tambahan. Kelebihannya ialah ia tidak perlu mengisi minyak atau dicas semula. Tangki hidrogen sudah mencukupi,” kata Ueno.

Beliau berkata keputusan mengkomersialkan Corleo dibuat susulan sambutan luar biasa terhadap konsep itu di Ekspo 2025 di Osaka.

“Apabila kami mencadangkan konsep ini, kami tidak tahu sama ada akan wujud permintaan. Namun selepas Ekspo 2025 (di Osaka), sambutannya amat menggalakkan, dan hasilnya, kami kini mengumumkan bahawa persiapan untuk pengkomersialannya telah bermula. Kami masih belum pasti sama ada terdapat permintaan, tetapi minat itu jelas ada,” kata Ueno.

Corleo merupakan antara pameran di reruai Kawasaki pada iREX 2025, pameran robot terbesar dunia, di Tokyo. Pameran itu mencatat penyertaan terbanyak setakat ini, dengan 673 syarikat di 3,334 reruai, termasuk 140 syarikat dari 14 negara.- Bernama-Sputnik

Continue Reading

Previous: Indonesia akan beli sehingga 200 helikopter untuk pertahanan, kesiapsiagaan bencana alam 
Next: Gunung berapi Kilauea di Hawaii letuskan pancutan lava, tertinggi capai 370 meter – USGS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.