Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Robertson tinggalkan Liverpool hujung musim
  • SUKAN

Robertson tinggalkan Liverpool hujung musim

Utusan Sarawak 2 hours ago

Andy Robertson (kiri) bersama Trent Alexander-Arnold ketika meraikan kejayaan pasukannya dalam aksi Liga Perdana Inggeris. Foto AFP

LIVERPOOL: Bek kiri Andy Robertson bakal menamatkan karier sembilan tahunnya bersama Liverpool apabila kontraknya tidak disambung hujung musim ini.

Pemain berusia 32 tahun itu sudah membuat 373 penampilan, membantu The Reds memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Namun, kedudukannya semakin terjejas musim ini selepas kehadiran Milos Kerkez selain kontraknya yang bakal tamat. 

Robertson turut menjadi pemain kedua berprofil tinggi meninggalkan kelab selepas Mohamed Salah mengumumkan keputusan sama.

“Kelab ini sentiasa bermakna buat saya. Saya beri segalanya sepanjang sembilan tahun ini dan tiada banyak penyesalan,” katanya.

Musim sukar Liverpool turut dibayangi tragedi luar padang apabila rakan rapatnya, Diogo Jota meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Di bawah pengurus baharu Arne Slot, Liverpool kini bergelut di tangga kelima liga, tersingkir daripada Piala FA selepas dibelasah Manchester City 4-0 selain tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain dalam aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara.- AFP

Continue Reading

Previous: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke suku akhir BAC 2026
Next: Villa sebelah kaki ke separuh akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.