Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Roban bakal diterangi lampu solar
  • Tengah
  • WILAYAH

Roban bakal diterangi lampu solar

Utusan Sarawak 1 month ago
HADIR …Mohamad Duri semasa menghadiri majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Roban semalam. Foto ADUN Kalaka
 

ROBAN: Kawasan Roban bakal menikmati kemudahan pencahayaan yang lebih baik dengan pemasangan lampu solar yang dijangka dilaksanakan pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata peruntukan sebanyak RM2.2 juta telah diluluskan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bagi projek pemasangan lampu solar di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka itu nanti.

“Impak besar daripada pelaksanaan projek ini akan meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kampung dan rumah panjang khususnya pada waktu malam.

“Saya berharap kesemua pelaksanaan projek pemasangan lampu solar itu nanti akan memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar kawasan DUN Kalaka,” katanya semasa berucap merasmikan majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Melayu Roban dekat sini semalam.

Mohamad Duri dalam pada itu cukup teruja dengan sambutan yang ditunjukkan oleh penduduk Kampung Melayu Roban seperti persembahan tarian singa.

“Sambutan perayaan Aidilfitri di Kampung Melayu Roban di sini telah mencipta sedikit kelainan apabila kita telah melihat persembahan tarian singa yang jarang dilakukan di tempat lain.

“Menariknya penari bagi tarian singa ini bukan hanya daripada komuniti Cina sahaja, malahan turut disertai oleh penari muda dari komuniti Melayu dan Iban, menjadikan ia sebagai salah satu keunikan di daerah ini khususnya di Sarawak,” ujarnya.

Justeru itu, Mohamad Duri turut mencadangkan agar tarian singa turut dipersembahkan ketika waktu perayaan lain seperti Hari Gawai Dayak dan Aidilfitri bagi mencipta sedikit kelainan selain menjadikan ia sebagai tarikan budaya di sini.

Turut hadir Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid, Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee, Pegawai Tadbir menguasa Pejabat Daerah Kecil Roban, Steve Miller Nuas, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) kawasan Roban.

Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 11 kakitangan PPS bakal ‘takluk’ Gunung Kinabalu
Next: Ramah Tamah Aidilfitri platform perpaduan – Rosey

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.