Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RMK13 tumpu kurangkan jurang pembangunan negeri, agih perbelanjaan seimbang
  • NASIONAL

RMK13 tumpu kurangkan jurang pembangunan negeri, agih perbelanjaan seimbang

Utusan Sarawak 3 days ago
MENTERI Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tengah) ketika ditemu bual pemberita pada Majlis Perasmian Jelajah Mega E-Invois 2025 (Siri 2) Peringkat Nasional di Wisma Lembaga Hasil Dalam Negeri Pulau Pinang hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying. Foto BERNAMA

GEORGE TOWN: Pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memberi tumpuan terhadap pengurangan jurang pembangunan antara negeri melalui agihan perbelanjaan pembangunan yang lebih seimbang, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata kerajaan akan memastikan semua negeri menerima peruntukan pembangunan yang sewajarnya bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi di peringkat wilayah selaras dengan kerangka hala tuju  RMK13.

Menurutnya, penekanan terhadap perbezaan antara wilayah penting agar kerajaan dapat melihat apa yang boleh dilakukan dari segi penggunaan perbelanjaan pembangunan. 

“Kita memastikan yang perbelanjaan pembangunan diperuntukkan di semua negeri bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Manakala dari segi penarikan pelaburan, kita ada insentif program baharu bagi mereka yang meletakkan pelaburan di sektor penting di wilayah yang kurang pembangunan, akan diberi insentif yang lebih,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Libat Urus Pasca Pembentangan RMK13 Zon Utara di Pusat Konvensyen Setia Spice, Bayan Lepas hari ini.

Amir Hamzah yang turut menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkata tumpuan pengagihan perbelanjaan pembangunan akan terus diberikan kepada enam negeri yang kurang membangun, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu. 

Menurutnya, semua projek yang telah diluluskan dalam RMK12 akan diteruskan manakala pemilihan projek pembangunan seterusnya akan dibuat berasaskan data serta keperluan sebenar rakyat dan keutamaan negeri, agar pembangunan yang dirancang lebih terangkum, seimbang dan mampan.

Kerajaan juga, katanya, akan memperkenalkan satu pakej insentif yang lebih tersusun dan menyeluruh dengan penyelarasan merangkumi pelbagai agensi seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Kewangan dan agensi lain seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

“Di masa depan kita nak gabungkan semua, agar ada insentif rangka kerja yang semua orang boleh faham, semua pelabur yang datang ke Malaysia, dia faham hala tuju Malaysia dan memberi penekanan di mana hendak letak pembangunan, maka ia mengurangkan jurang yang ada.

“Kita juga memberi penekanan kepada industri yang baharu yang kita rasa penting kerana kita nak meningkatkan kerencaman ekonomi yang ada di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata bagi tempoh RMK13, kerajaan komited untuk menyediakan pelaburan berjumlah RM611 bilion yang merangkumi RM430 bilion perbelanjaan pembangunan daripada kerajaan serta disokong pembiayaan daripada syarikat berkaitan kerajaan(GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) berjumlah RM120 bilion serta RM61 bilion melalui kaedah perkongsian awam swasta (PPP).

Sementara itu mengenai sesi libat urus hari ini, Amir Hamzah berkata selain berkongsi inti pati hala tuju pembangunan negara bagi tempoh lima tahun yang akan datang ia juga bertujuan untuk menerangkan proses untuk memastikan lakaran pembangunan negara yang telah digarap di dalam RMK13 dapat dilaksanakan dengan jaya.- Bernama

Continue Reading

Previous: 43 penjawat awam terima ganjaran lapor rasuah – SPRM
Next: Lebih 254,000 dewasa di Malaysia alami obesiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.