Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RMK13: RM2 bilion untuk tebatan banjir di Kuching – Fadillah
  • TEMPATAN

RMK13: RM2 bilion untuk tebatan banjir di Kuching – Fadillah

Utusan Sarawak 11 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tengah) merasmikan He Medical Clinic cawangan Kuching dan Pameran Kesihatan Lelaki hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) bandar raya Kuching di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan melibatkan kos kira-kira RM2 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata projek RTB itu akan melibatkan tiga pakej kerja iaitu pembinaan kanal, jambatan dan baraj di Sungai Salak di sini.

Fadillah berkata tender bagi projek tersebut akan dibuka pada tahun ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula tahun depan.

“RTB ini akan mengeluarkan air menerusi Sungai Salak. Sama seperti di Sungai Sarawak terdapat baraj. Jadi di Sungai Salak nanti akan ada baraj supaya air laut tidak masuk ke dalam dan kita dapat kawal.

“Bila air laut pasang besar berlaku kita boleh tutup baraj tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian He Medical Clinic di sini hari ini.

Pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan awam melibatkan tebatan banjir serta peningkatan kebolehcapaian jalan raya antara inisiatif kemudahan rakyat yang diketengahkan dalam RMK13 bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat pada 31 Julai lepas berkata sebanyak RM20 bilion telah diperuntukkan bagi melaksanakan 103 projek RTB bagi mengurangkan risiko dan impak bencana berkenaan.

Antara projek RTB yang akan dilaksanakan termasuk di Sungai Langat dan Sungai Buloh, Selangor; Sungai Golok, Kelantan; Sungai Gemencheh, Negeri Sembilan; Sungai Baru, Melaka; Lembangan Sungai Johor dan Lembangan Sungai Muar, Johor; Lembangan Sungai Pahang; serta Bandaraya Kuching di Sarawak.– Bernama

Continue Reading

Previous: RMK13 beri fokus pembangunan menyeluruh infrastruktur Sarawak- Nanta
Next: Pemain Kejohanan Bola Tampar Antarabangsa Sarawak 2025 diraikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.