Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RMK13: Kerajaan perkukuh ekonomi hijau
  • NASIONAL

RMK13: Kerajaan perkukuh ekonomi hijau

Utusan Sarawak 1 day ago
PEMBINAAN loji sisa kepada tenaga akan diperluas melalui kerjasama swasta untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperkukuh ekonomi hijau iaitu model pembangunan ekonomi yang menekankan kelestarian alam sekitar menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif berkenaan termasuk memudah cara perdagangan karbon antaranya melalui pelaksanaan Dasar Pasaran Karbon Kebangsaan, Skim Perdagangan (ETS) serta penyediaan insentif bagi projek kredit karbon.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata aktiviti pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) akan dipergiat dengan menjadikannya sebahagian daripada taksonomi pelaburan dan pembiayaan hijau.

“Akses kepada pembiayaan hijau akan diperluas bagi menyokong usaha penyahkarbonan sektor utama negara,” katanya ketika pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga akan melaksanakan sebuah projek rintis pemerangkapan karbon dalam industri besi dan keluli, di Kemaman, Terengganu.

Anwar berkata kerajaan juga telah merangka Pelan Hala Tuju Penyahkarbonan Sektor Penerbangan Malaysia yang menggariskan pembangunan infrastruktur dan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF).

Beliau berkata kerajaan juga akan mengoptimumkan penggunaan sisa pertanian dalam memacu ekonomi kitaran dan menghasilkan nilai tambah baharu yang mampan.

“Dengan itu, pembinaan loji sisa kepada tenaga akan diperluas melalui kerjasama swasta untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.

“Pada masa sama, kapasiti kemudahan depoh pengadunan biodiesel di Sandakan, Lahad Datu dan Bintulu juga akan dinaik taraf bagi menyokong penggunaan bahan api alternatif rendah karbon,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: RMK13: Penyelesaian berasaskan keperluan sebenar capai keadilan sosial, kesaksamaan peluang
Next: RMK13: KUSKOP teraju penskalaan PMKS, pemerkasaan sektor ketiga – Ewon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.