Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RMK13: Kerajaan beri tumpuan khusus posisi Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan – PM
  • NASIONAL

RMK13: Kerajaan beri tumpuan khusus posisi Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan – PM

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi tumpuan khusus untuk memposisikan Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan negara yang berdaya saing di peringkat serantau menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini berkata pelaksanaan inisiatif seperti Hab Hidrogen Sarawak dan Jaminan Bekalan Tenaga Sabah secara tidak langsung akan memperkukuh infrastruktur tenaga di kedua-dua negeri berkenaan.

“Usaha ini turut membuka pelaburan berimpak tinggi serta pembangunan teknologi bersih demi manfaat rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya.

Bagi Kelantan, Pahang dan Terengganu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pembangunan akan dipacu melalui pewujudan hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing, sekali gus menjana peluang ekonomi baharu khususnya kepada penduduk desa.

Bertemakan ‘Melakar Semula Pembangunan’, RMK13 bagi tempoh 2026 hingga 2030 itu adalah ikhtiar kerajaan untuk membuat pembaharuan ke atas agenda pembangunan sosioekonomi negara yang menyeluruh selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.

Ia bertujuan melakar semula pembangunan dengan menetapkan dasar, strategi dan inisiatif bagi membentuk negara dan bangsa, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar, memperkukuh tatakelola terbaik serta melonjakkan pertumbuhan ekonomi serantau dan dunia.

– Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PM Anwar bentang RMK13 dengan tema ‘Melakar Semula Pembangunan’
Next: Pegawai perubatan wajib pilih penempatan Sabah, Sarawak bagi seimbangkan agihan tenaga kesihatan – KKM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.