Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RMK12 dijangka siap November ini
  • NASIONAL

RMK12 dijangka siap November ini

Utusan Sarawak 5 years ago

TANAH MERAH, 26 Sept -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) menyampaikan sijil Anugerah Ikon Alumni Job Creator Kolej Komuniti (KK) Jeli kepada Pengusaha Syiraa Hijab, Nur Insyirah bt Mohd Afandi (tiga, kanan) pada Majlis Perasmian Tapak Projek Kolej Komuniti (KK) Jeli, di Bukit Bunga hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Zainab Ahmad (dua, kanan). --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) menyampaikan sijil Anugerah Ikon Alumni Job Creator Kolej Komuniti (KK) Jeli kepada Pengusaha Syiraa Hijab, Nur Insyirah Mohd Afandi (tiga, kanan) pada Majlis Perasmian Tapak Projek Kolej Komuniti (KK) Jeli, di Bukit Bunga semalam. Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Zainab Ahmad (dua, kanan).• Foto BERNAMA

TANAH MERAH: Penggubalan Rancangan Malaysia Ke-12 kini di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya pada November ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata RMK12 dijadualkan dibentang pada persidangan Parlimen awal tahun depan selepas dimuktamadkan.

“Semalam, kita ada libat urus dengan semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan kita maklumkan kita di penghujung proses,” katanya kepada pemberita selepas merasmi dan melawat tapak projek Kolej Komuniti Jeli, di Bukit Bunga dekat sini semalami.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata RMK12 menggariskan 10 sasaran selaras dengan dasar Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB), namun pihaknya akan meneliti semula beberapa sasaran berkenaan kerana mengambil kira pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini.

“Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang baharu akan digunakan bermula 2021, maka kita minta pandangan daripada setiap KSU tentang perkara ini selain berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi dalam menyediakan RMK12,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga mengambil maklum harapan tinggi rakyat yang banyak mengemukakan permohonan dan bantuan melalui RMK12 namun kesemua itu   tertakluk kepada kemampuan kewangan negara.

Dalam pada itu, Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli berkata, kira-kira 54 peratus daripada RM68 bilion peruntukan bagi pembangunan negara telah dibelanjakan setakat ini.

Mengenai lawatan kerjanya di beberapa tapak projek di Jeli semalam beliau berkata, sejumlah RM200 juta diperuntukkan bagi tiga projek yang berlangsung di jajahan itu.

Projek terbabit ialah pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli dengan peruntukan berjumlah RM103 juta, kuarters untuk anggota dua Rejimen Sempadan dekat sini (RM70 juta) serta Kolej Komuniti Jeli (RM27 juta). – Bernama

Continue Reading

Previous: Kurangkan birokrasi, jangan hilang bakat muda
Next: KKM disaran lantik petugas secara tetap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.