Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RMK 13: Tebatan banjir, akses jalan raya antara inisiatif infrastruktur RMK 13
  • NASIONAL

RMK 13: Tebatan banjir, akses jalan raya antara inisiatif infrastruktur RMK 13

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Projek infrastruktur dan kemudahan awam melibatkan tebatan banjir serta peningkatan kebolehcapaian jalan raya antara inisiatif kemudahan rakyat yang diketengahkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi tempoh 2026 hingga 2030.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebanyak RM20 bilion telah diperuntukkan bagi melaksanakan 103 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk mengurangkan risiko dan impak bencana berkenaan.

Antara projek RTB yang akan dilaksanakan termasuk di Sungai Langat dan Sungai Buloh, Selangor; Sungai Golok, Kelantan; Sungai Gemencheh, Negeri Sembilan; Sungai Baru, Melaka; Lembangan Sungai Johor dan Lembangan Sungai Muar, Johor; Lembangan Sungai Pahang; serta Bandaraya Kuching di Sarawak.

“Sistem amaran awal pula akan ditambah baik dengan penggunaan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) supaya rakyat lebih bersedia dan dilindungi ketika menghadapi bencana,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata pelaksanaan beberapa projek infrastruktur yang memperkukuh keterhubungan dan ekonomi rentas sempadan juga akan diteruskan. 

Ia termasuk menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang; Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sabah dan Sarawak; Jambatan Rantau Panjang-Sungai Kolok yang menghubungkan Malaysia-Thailand.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata inisiatif lain bagi tujuan itu adalah menaik taraf Pelabuhan Darat Perlis menjadi laluan perdagangan antara Malaysia-Thailand; menaik taraf jaringan jalan raya sempadan yang menghubungkan Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan, Indonesia; dan pembangunan Rangkaian Transit Sistem Link (RTS Link) yang menghubungkan Malaysia-Singapura.

Beliau berkata pembangunan infrastruktur berskala besar juga kekal menjadi keutamaan kerajaan bagi memperkukuh keterhubungan antara wilayah serta merangsang pertumbuhan kawasan sekitar secara terancang.

Antara projek utama yang diteruskan perlaksanaan adalah pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan pantai barat Semenanjung Malaysia; Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru dan sistem E-ART di Wilayah Iskandar, Johor; serta Projek LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang.

Sementara itu, Anwar berkata inisiatif pembinaan jalan baharu dan penaiktarafan laluan sedia ada turut diteruskan untuk memastikan akses yang lebih lancar, antaranya menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) laluan Senai Utara-Machap di Johor.

Projek lain termasuk menaik taraf laluan PLUS Juru-Sungai Dua di Pulau Pinang; pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di Pahang dan Kelantan; Lebuhraya Pan Borneo Sabah; serta Lebuhraya Trans Borneo di Sarawak.

“Jalan luar bandar juga diberi perhatian. Pembinaan dan penaiktarafan jalan luar bandar sepanjang 2,800 kilometer akan dilaksanakan dalam tempoh RMK13.

“Ia turut merangkumi jalan utama dari Nanga Serau ke Nanga Seranau, Kapit di Sarawak; jalan dari Jambatan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang, Bagan Datuk di Perak; dan jalan Pos Sinderut di Lipis, Pahang,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan MADANI perkukuh dasar negara menerusi kerangka ekonomi MADANI – PM Anwar
Next: RMK13: Industri pelancongan catat lonjakan, terus diperkasakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.