Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RMK-10: Putrajaya kenal pasti 11 projek sakit di Sarawak
  • SEMASA

RMK-10: Putrajaya kenal pasti 11 projek sakit di Sarawak

Utusan Sarawak 5 months ago

KOTA SAMARAHAN :Kerajaan Persekutuan mengenal pasti 11 projek sakit di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Sarawak, melibatkan sektor pendidikan, kesihatan, dan pembangunan desa.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri  Fadillah Yusof, berkata kelewatan pelaksanaan projek-projek tersebut berpunca daripada pelbagai faktor, termasuk perubahan reka bentuk, isu utiliti, serta kekangan peruntukan.

“Isunya sama ada tanah belum selesai, perubahan skop, atau tambahan projek. Misalnya, ada projek diluluskan pada 2019, tetapi pelaksanaan tergendala akibat pandemik Covid-19. 

“Dua tahun terhenti, menyebabkan kos meningkat dan memerlukan peruntukan tambahan. Kekangan peruntukan ini kadangkala memaksa kita menangguhkan projek ke Rancangan Malaysia seterusnya,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelaras Status Pelaksanaan Projek Pembangunan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Menurut Fadillah, antara punca utama kelewatan ialah kegagalan kontraktor menyiapkan projek.

“Kira-kira 45 peratus masalah di Sarawak berpunca daripada kontraktor yang tidak mampu menyiapkan projek. Kekangan kewangan dan kemampuan teknikal menjadi penyebab utama. Beberapa projek terpaksa dibatalkan akibat masalah ini,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan sentiasa mencari jalan untuk menambah baik pelaksanaan projek.

Katanya, ini termasuk memastikan laporan status projek dikemas kini secara berkala dan memantau pelaksanaannya secara dekat.

“Kita juga akan bekerjasama antara agensi persekutuan dan negeri, khususnya melibatkan projek yang banyak di Sarawak, bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain,Fadillah mengesahkan bahawa Hospital Petra Jaya tidak tersenarai dalam 11 projek sakit tersebut memandangkan kemajuan pembinaan hospital tersebut mengikut jadual. 

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Continue Reading

Previous: Komitmen Sarawak untuk terima AI sebagai pemacu kemajuan
Next: Premier Sarawak tiba di Tokyo untuk lawatan kerja lima hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.