Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak
  • SEMASA

RM9.46 juta laksana 52 Projek Cakna MADANI di Sarawak

Utusan Sarawak 10 hours ago
TIMBALAN Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Fadillah Yusof semasa lawatan kerja ke projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) hari ini.

MIRI: Sarawak menerima peruntukan RM9.46 juta bagi melaksanakan 52 Projek Cakna MADANI tahun ini, dengan 12 projek sudah siap dalam usaha mempercepat penyelesaian masalah banjir berdasarkan keperluan mendesak di lapangan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, daripada jumlah keseluruhan itu, 13 projek sedang dalam pelaksanaan manakala baki 27 projek berada di peringkat pra-pelaksanaan.

Menurutnya, Projek Cakna MADANI atau projek berimpak segera merupakan projek berskala kecil yang dikenal pasti berdasarkan keperluan mendesak di lapangan dan boleh disiapkan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.

“Pelaksanaan projek berskala kecil ini merupakan strategi jangka pendek untuk membantu mengurangkan risiko bencana banjir,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media selepas lawatan kerja ke projek Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini petang tadi.

Fadillah berkata, sebanyak 500 Projek Cakna MADANI dengan peruntukan keseluruhan RM80.7 juta dirancang untuk disiapkan di seluruh negara tahun ini.

Katanya, pelaksanaan projek berkenaan dibuat di bawah Pelan Pelaksanaan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) Tahun 2026.

Daripada keseluruhan 500 projek itu, sebanyak 52 Projek Cakna MADANI dilaksanakan di Sarawak dengan peruntukan RM9.46 juta.

Pelaksanaan projek berkenaan membolehkan tindakan segera diambil bagi menangani keperluan mitigasi banjir di kawasan terlibat, khususnya menerusi projek yang dapat disiapkan dalam tempoh singkat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Sarawak terima RM4 juta perluas pusat perkhidmatan autisme

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.