Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM800,000 bina Pejabat Operasi USK Kpg Nyabor
  • Tengah
  • WILAYAH

RM800,000 bina Pejabat Operasi USK Kpg Nyabor

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ahli USK Nyabor. Foto ADUN Kabong

KABONG: Peruntukan berjumlah RM800,000 telah diluluskan untuk membina sebuah Pejabat Operasi Urus Setia Saudara Kita (USK) di Kampung Nyabor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata permohonan yang telah dicadangkan sebelum itu akhirnya telah diluluskan oleh Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), baru-baru ini.

“Kebajikan saudara kita di Daerah Kabong terutamanya akan terus dibela bagi memastikan mereka tidak terabai selain mengelakkan golongan itu rasa dipinggir atau disisihkan masyarakat.

“Bagi tujuan itu kerajaan telah menyediakan pelbagai program dan perancangan untuk membantu golongan tersebut. Kerajaan dan wakil rakyat sendiri turut merancang pelbagai program kepada golongan sasaran yang layak termasuk saudara kita.

“Justeru, tidak timbul soal saudara kita dipinggirkan atau tertinggal daripada menerima bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan,” katanya semasa berucap pada majlis Iftar Perdana anjuran USK Cawangan Nyabor dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid To Amal Nyabor di sini, petang tadi.

DATO Mohd Chee Kadir hadir pada majlis Iftar Perdana anjuran USK Cawangan Nyabor di Masjid To Amal Nyabor.
Foto ADUN Kabong

Chee Kadir berharap apabila pelaksanaan membina sebuah Pejabat Operasi USK di Kampung Nyabor nanti, diharap ia dapat memberikan manfaat kepada golongan saudara kita dalam merancang pelbagai program dan aktiviti di pejabat baharu itu nanti.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan kewujudan BDDA sejak beberapa tahun lalu telah banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong selain inisiatif daripada Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai banyak perancangan jangka panjang untuk membawa lebih banyak pembangunan ke kawasan luar bandar terutamanya di kawasan Kabong itu sendiri.

“Melalui BDDA, banyak perancangan yang telah dicadangkan untuk membangunkan DUN Kabong, saya yakin konstituensi ini akan membangun seperti daerah lain,” katanya.

Pada majlis itu, Chee Kadir turut menyerahkan sumbangan Ramadan kepada ahli USK Nyabor.

Turut hadir, Datin Meryani Yassin, Penghulu Abdul Wahab Samsu, Pengerusi USK Nyabor, Norhayati Abdullah dan Ketua Kampung Abang Ahmad Abang Ali.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 20,000 pengunjung meriahkan Sungkei Perdana di Sibu
Next: 110,000 bekas bubur lambuk diedarkan seluruh Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.