Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • RM8,000 menanti juara Pertandingan Cipta Logo, Maskot Sukan SEA 2027
  • SUKAN

RM8,000 menanti juara Pertandingan Cipta Logo, Maskot Sukan SEA 2027

Utusan Sarawak 2 days ago
POSTER… Orang ramai berpeluang menyertai Pertandingan Mencipta Logo dan Maskot Rasmi Sukan SEA 2027.

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyalurkan kreativiti masing-masing dalam Pertandingan Mencipta Logo dan Maskot Rasmi Sukan SEA 2027 sempena penganjuran temasya sukan dwitahunan itu dan Sukan Para ASEAN di Malaysia pada 2027.

Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam kenyataan memaklumkan pertandingan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

Menurut MASOC, penyertaan kini dibuka hingga 31 Disember depan dan permohonan boleh dibuat melalui pautan rasmi https://forms.gle/ZUgb3k3BKUZxaXvi8.

Juara akan membawa pulang RM8,000 berserta sijil, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM5,000 dan RM3,000 berserta sijil.

“Ayuh, cipta sejarah bersama!. Pertandingan ini adalah peluang kepada rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada sejarah Sukan SEA 2027,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MASOC Abdul Rashid Yaakub dalam kenyataan itu.

Sukan SEA 2027 bakal menyaksikan Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah selepas kali terakhir pada edisi 2017. 

Sebagai rekod, maskot “Rimau” berinspirasikan Harimau Malaya menjadi pilihan pada edisi 2017 manakala logo berasaskan Wau Bulan mencerminkan keunikan budaya serta aspirasi negara menuju kecemerlangan sukan.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 300 murid SJKC Kiang Hin bersatu sempena Hari Sukan Sekolah
Next: Permata Biru Saratok rangkul juara Kejohanan Berpasukan Badminton Sri Aman dan Betong 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.