Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM752,000 disalur kepada 85 penerima pelaksana MRP Fasa 1/2025
  • Tengah
  • WILAYAH

RM752,000 disalur kepada 85 penerima pelaksana MRP Fasa 1/2025

Utusan Sarawak 11 hours ago
SERAMAI 85 penerima telah menerima MRP Fasa 1 DUN Ngemah. Foto Pusat Khidmat ADUN Ngemah

KANOWIT: Sebanyak RM752,000 telah diagihkan kepada 85 penerima untuk pelaksanaan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Fasa 1/2025 melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah.

Penerima dana terdiri daripada pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), persatuan, dan kelab.

Majlis penyerahan simbolik dana tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Anyi berkata beliau akan berusaha untuk memastikan pengagihan dana MRP dilaksanakan secara adil dan menyeluruh kepada penduduk di kawasan DUN N.49 Ngemah.

“Di DUN Ngemah, terdapat sebanyak 260 penerima termasuk JKKK, sekolah, gereja, persatuan, dan kelab. Sebagai wakil rakyat, saya akan berusaha untuk memastikan setiap peruntukan MRP diagihkan secara adil sepanjang tempoh lima tahun ini,” katanya.

Anyi turut menggesa masyarakat di kawasannya untuk terus menyokong mana-mana calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dicalonkan di kawasan tersebut pada pilihan raya akan datang.

“Saya berharap seluruh masyarakat di DUN Ngemah akan bersatu hati dan memberi sokongan penuh kepada mana-mana calon GPS yang bertanding, sama ada saya sendiri atau calon lain,” tambahnya.

Turut hadir wakil Pegawai Daerah Kanowit, Clinton Jelai; Pengetua SMK Nanga Dap, Dagang Bungsu; Ketua-ketua masyarakat, tuai rumah, ahli Majlis Daerah Kanowit, ketua persatuan dan kelab serta penerima cek.
Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 117 pelajar cemerlang Batu Kawa terima penghargaan
Next: Usaha berterusan perkasa kemudahan infrastruktur luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.