Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM70 juta bantu penggiat industri pembinaan
  • TEMPATAN

RM70 juta bantu penggiat industri pembinaan

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO SRI FADILLAH YUSOF

KUCHING: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah memperuntukkan RM70 juta bagi melaksanakan beberapa program strategik bertujuan meningkatkan kapabiliti dan kapasiti penggiat industri pembinaan yang terkesan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan Covid-19 baru-baru ini.

Menteri Kanan Infrastruktur- Menteri Kerja Raya Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata usaha ini adalah bagi menyokong dasar semasa negara dalam meningkatkan penggunaan teknologi, pengurangan pekerja asing, dan menyediakan pekerjaan bagi pekerja tempatan.

“Program-program yang disediakan dan mula dilaksanakan pada tahun ini, dilihat mampu memberi pendedahan dan juga melatih 30,000 penggiat industri iaitu dari golongan kontraktor, personel binaan dan belia di dalam pelbagai bidang kemahiran, penyeliaan dan pengurusan dan juga penggunaan teknologi dalam pembinaan.

“Sejumlah 17,700 personnel binaan tempatan dan juga golongan belia tempatan bakal mendapat manfaat dari program-program berbentuk latihan Skilling, Reskilling, Upskilling, serta akreditasi kemahiran yang akan dilaksanakan.

“Usaha ini dilihat mampu meningkatkan kemahiran personnel dan belia tempatan di dalam bidang berimpak tinggi untuk membina kerjaya di dalam industri pembinaan, seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing,” ujar beliau dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau berkata CIDB juga akan menyediakan program perantisan, dengan seramai 7,800 belia tempatan akan diberi peluang untuk ditempatkan di syarikat-syarikat pembinaan untuk dilatih dan seterusnya memperolehi pengalaman bekerja di dalam industri pembinaan.

“Seramai 3,700 personel binaan dan belia tempatan juga akan dilatih di dalam bidang penyeliaan dan pengurusan projek, manakala 400 lagi akan dilatih di dalam bidang keselamatan tapak bina.

“Selain program-program latihan kemahiran untuk personel dan belia, CIDB turut mengadakan beberapa inisiatif untuk mempertingkatkan penggunaan teknologi di kalangan kontraktor,” jelasnya.

Beliau menambah CIDB turut merancang untuk melahirkan pengeluar komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan memudahcara kontraktor tempatan untuk beralih dari sistem konvensional kepada IBS.

Oleh Alexandra Lorna

Continue Reading

Previous: Operasi SAR mangsa baham buaya ditamatkan
Next: Projek Rakyat giat dilaksanakan di Bekenu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.