
MIRI: Sebanyak RM65,000 telah diagihkan kepada 24 persatuan, sekolah serta pertubuhan kebajikan, budaya dan agama di sini menerusi peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP)
Inisiatif ini merupakan langkah untuk memperkukuh sokongan kerajaan negeri terhadap pembangunan komuniti setempat.
Majlis penyampaian sumbangan itu berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat N.74 Pujut petang semalam dan disempurnakan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii Siew Sang.
Dalam ucapannya, Adam Yii berkata peruntukan MRP daripada kerajaan Sarawak bertujuan membantu pelbagai pertubuhan melaksanakan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan masyarakat.


Beliau turut menasihatkan agar dana yang diterima dimanfaatkan secara berhemah demi kepentingan komuniti.
Antara penerima sumbangan ialah Persatuan Hing Ann Miri Senior Citizen, Persatuan Wanita Orang Ulu Miri (PWOUM), Persatuan Ping Pong Bahagian Miri, Miri Chinese Association Women Section, Persatuan Sukan dan Kebajikan Bomba Sarawak, SMK Pujut, PIBG SK St. Columba serta Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS).
Oleh Liong Chai Ling