Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM65 juta diluluskan untuk jalan hubungkan Kampung Sawai
  • Tengah
  • WILAYAH

RM65 juta diluluskan untuk jalan hubungkan Kampung Sawai

Utusan Sarawak 6 hours ago
 AMANAT… Safiee ketika berucap pada Majlis Sambutan Krismas 2025 serta Penyampaian Cek Bantuan Unifor di St Cosmas Chapel, Kampung Sawai, semalam. Foto UKAS

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad mengumumkan kelulusan peruntukan berjumlah RM65 juta bagi pembinaan jajaran jalan menghubungkan Kampung Sawai, dengan pelaksanaannya dijadualkan bermula pada 2026.

Menurut beliau, projek berimpak tinggi itu dijangka meningkatkan tahap perhubungan dan akses penduduk luar bandar, sekali gus menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi di kawasan berkenaan.

“Pembinaan jajaran jalan ini amat penting bagi memudahkan pergerakan penduduk, melancarkan urusan harian serta membuka lebih banyak peluang ekonomi kepada masyarakat Kampung Sawai dan kawasan sekitarnya,” katanya.

UNTUK RAKYAT… Safiee menyampaikan cek Unifor pada Majlis Sambutan Krismas 2025 di St Cosmas Chapel, Kampung Sawai, semalam. Foto UKAS

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Krismas 2025 serta Penyampaian Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain (Unifor) di St Cosmas Chapel, Kampung Sawai, semalam.

Dalam majlis sama, Safiee turut mengumumkan peruntukan RM450,000 bagi menaik taraf Dewan Kampung Sawai yang akan dijadikan pusat aktiviti kemasyarakatan, sosial dan kebudayaan penduduk setempat.

“Dewan kampung bukan sekadar tempat berkumpul, malah menjadi nadi perpaduan masyarakat. Justeru, kemudahan ini perlu dinaik taraf agar lebih selesa dan sesuai digunakan untuk pelbagai program kemasyarakatan,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan cek bantuan Unifor berjumlah RM350,000 bagi tujuan penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan rumah ibadat berkenaan.

Menurutnya, penyaluran bantuan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan kebajikan serta keharmonian penganut pelbagai agama sentiasa terpelihara.

“Kerajaan Sarawak sentiasa komited membantu rumah-rumah ibadat semua agama kerana inilah kekuatan sebenar negeri kita, iaitu hidup dalam suasana aman, saling menghormati dan bekerjasama,” katanya.

Beliau turut menggesa masyarakat agar terus memelihara semangat perpaduan serta toleransi antara kaum dan agama demi kesejahteraan bersama.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SAR remaja dikhuatiri dibaham buaya di Pulau Bruit masuk hari ketujuh
Next: Sumbangan ADUN Tamin cerminan keprihatinan terhadap kebajikan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.