Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM64,000 peruntukan MRP disalurkan kepada sembilan pertubuhan di DUN Mulu
  • Utara
  • WILAYAH

RM64,000 peruntukan MRP disalurkan kepada sembilan pertubuhan di DUN Mulu

Utusan Sarawak 20 hours ago
AGIH…Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala (duduk, empat dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama wakil penerima peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di sini, petang semalam.

MIRI: Sejumlah RM64,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan kepada sembilan pertubuhan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat DUN Mulu, petang semalam.

Cek MRP tersebut diserahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, Datuk Gerawat Gala.

Menurut Gerawat, peruntukan ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan Sarawak untuk memastikan bantuan pembangunan sampai terus ke peringkat akar umbi.

“Penyerahan cek ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk menyalurkan bantuan pembangunan berskala kecil kepada organisasi masyarakat, JKKK, gereja, surau, rumah panjang dan persatuan tempatan yang berperanan penting dalam pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur masyarakat di kawasan pedalaman seperti DUN Mulu,” katanya.

Antara pertubuhan yang menerima sumbangan MRP ialah Persatuan Sepak Takraw Miri, Persatuan Penduduk Long Atip, Kelab Sukan Highlanders, Persatuan Berawan Sarawak, AJKK Wanita Long Silat, PDK Sunflower Miri, Persatuan Alumni SMK Marudi serta Persatuan Ibu Tunggal Bario Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Baru Bian urges action on land rights, border security, and local welfare in Ba’ Kelalan visit
Next: Program Sayangi Anak-Anak Kita didik bahaya dadah dan jenayah siber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.