Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM58,000 untuk rumah panjang Edward Asnan Lubok Menuang Saeh
  • Utara
  • WILAYAH

RM58,000 untuk rumah panjang Edward Asnan Lubok Menuang Saeh

Utusan Sarawak 6 hours ago
ALBUM… Datuk Rosey Yunus merakam kenangan bersama penduduk rumah panjang Tr. Edward Asnan ketika mengadakan lawatan hari ini.

NIAH: Rumah panjang Tuai Rumah (Tr.) Edward Asnan Lubok Menuang Saeh akan menerima peruntukan berjumlah RM50,000 bagi tujuan pembersihan tapak pembinaan rumah panjang baharu pada tahun ini.

Selain itu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Biro Wanita rumah panjang berkenaan turut menerima peruntukan masing-masing sebanyak RM5,000 dan RM3,000.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak, Datuk Rosey Yunus ketika mengadakan lawatan ke Rumah Panjang Edward Asnan, di sini, hari ini.

Menurut Datuk Rosey, pembinaan rumah panjang baharu amat diperlukan memandangkan kawasan rumah panjang sedia ada sering dilanda banjir, malah terdapat beberapa pintu rumah yang menunjukkan kesan pernah ditenggelami air.

“Peruntukan RM50,000 ini tidak dapat disalurkan serta-merta kerana perlu menunggu pembukaan akaun Projek Kecil Luar Bandar (MRP) oleh kerajaan negeri.

“Apabila MRP dibuka, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bekenu akan segera memasukkan senarai rumah panjang ini, termasuk peruntukan untuk JKKK dan Biro Wanita,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Biro Wanita, Vanessa Liban, berkata penduduk rumah panjang berkenaan amat gembira dengan pengumuman peruntukan tersebut.

KUNCU Kincang dan Maran Lidan ketika membawa Utusan Sarawak meninjau tapak pembinaan rumah panjang baharu yang terletak berhampiran kediaman mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Datuk Rosey dan kerajaan Sarawak atas sumbangan berjumlah RM58,000 ini. Peruntukan ini akan digunakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, dua penduduk rumah panjang berkenaan, Kuncu Kincang, 75, dan Maran Lidan, 86, turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Rosey dan kerajaan Sarawak.

“Kami telah lama merancang untuk membina rumah panjang baharu kerana masalah banjir yang sering menyukarkan kehidupan penduduk di sini.

“Terima kasih kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS). Kami akan terus menyokong Datuk Rosey dan GPS,” kata mereka.

Susulan pengumuman itu, Kuncu dan Maran turut membawa Utusan Sarawak meninjau tapak pembinaan rumah panjang baharu yang terletak berhampiran kediaman mereka.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: 35 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum DUN Mulu terima sijil pelantikan
Next: 14 kenderaan disita dalam Ops Motosikal JPJ Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.