Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM550,000 diperuntuk laksana empat projek RTP di DUN Krian
  • Selatan
  • WILAYAH

RM550,000 diperuntuk laksana empat projek RTP di DUN Krian

Utusan Sarawak 4 hours ago
PUSAT Khidmat DUN Krian bersama agensi pelaksana telah mengadakan siri lawatan tapak dan sesi libat urus di empat lokasi strategi pelaksanaan projek RTP di sekitar DUN Krian, semalam. Foto: ADUN Krian

KRIAN: Kerajaan Sarawak terus komited memperkasakan infrastruktur luar bandar melalui pelaksanaan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi memastikan keselesaan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian sentiasa terjaga.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, pemantauan rapi terhadap setiap projek yang diluluskan adalah amat penting bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut spesifikasi dan garis masa yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

​Semalam, Pusat Khidmat DUN Krian bersama agensi pelaksana telah mengadakan siri lawatan tapak dan sesi libat urus di empat lokasi strategik. 

PUSAT Khidmat DUN Krian bersama agensi pelaksana telah mengadakan siri lawatan tapak dan sesi libat urus di empat lokasi strategi pelaksanaan projek RTP di sekitar DUN Krian, semalam. Foto: ADUN Krian

Langkah ini bertujuan untuk menyelaras pelaksanaan projek dan mendengar maklum balas daripada penduduk setempat mengenai pembangunan tersebut.

​Antara lokasi utama yang dilawati termasuklah projek menaik taraf Dataran Kejat di Rumah Panjang Nyalang, Lubok Empit, Awik yang melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000. Kemudahan ini dijangka bakal memberikan ruang aktiviti kemasyarakatan yang lebih kondusif kepada penduduk setempat.

​Selain itu, tinjauan turut dilakukan bagi projek merata tapak rumah panjang di Rumah Linggi, Sungai Tapang Asal, Awik dengan peruntukan RM150,000. Usaha ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam membantu penduduk menyediakan tapak kediaman yang lebih selamat dan teratur.

PUSAT Khidmat DUN Krian bersama agensi pelaksana telah mengadakan siri lawatan tapak dan sesi libat urus di empat lokasi strategi pelaksanaan projek RTP di sekitar DUN Krian, semalam. Foto: ADUN Krian

​Bagi menangani isu saliran, sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan untuk dua lokasi berbeza, iaitu pembinaan parit baharu serta baik pulih di Rumah Dumang, Sungai Kara, Kaki Wong dan kerja-kerja menaik taraf parit di Rumah Panjang Katom, Lubok Renit, Awik.

​Sesi libat urus tersebut dihadiri oleh Reeza yang mewakili Pusat Khidmat DUN Krian, wakil Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong, serta wakil Pejabat Residen Bahagian Betong bagi memastikan koordinasi antara agensi berjalan lancar.

​Pembangunan berterusan di bawah inisiatif RTP ini membuktikan keprihatinan Friday dalam membawa perubahan fizikal yang nyata di Krian, sekali gus merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek parkir Masjid Maludam bernilai RM843,710 bakal tingkatkan keselesaan jemaah
Next: ADUN Kabong ziarah warga emas di Hospital Sarikei, hulur sokongan moral

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.