Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM55,000 diperuntuk naik taraf taman permainan di Pusat Agape Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

RM55,000 diperuntuk naik taraf taman permainan di Pusat Agape Sibu

Utusan Sarawak 10 hours ago
MENYAKSIKAN…. Joseph Chieng Jin Ek menyaksikan penyerahan kontrak projek daripada Penolong Jurutera MPS, Amira Akon (enam kanan) kepada Abdul Rafie Abdul Razak (enam kiri).

SIBU: Taman permainan kanak-kanak di Pusat Agape Sibu bakal dinaik taraf menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025, dengan peruntukan berjumlah RM55,000 bagi meningkatkan kemudahan riadah untuk kanak-kanak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek berkata, kerja naik taraf merangkumi pembaikan palang, pembinaan lantai konkrit, pemasangan alas getah serta penambahan set permainan baharu.

“Set permainan baharu itu termasuk kemudahan bersepadu lengkap dengan gelongsor, satu set buaian dengan dua tempat duduk serta permainan Gegelung Musim Bunga (Panel Tunggal). Semua peralatan ini merupakan kemudahan tahan lasak untuk kegunaan luar,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut beliau, walaupun pusat berkenaan menerima banyak sumbangan daripada orang awam, kemudahan permainan untuk kanak-kanak istimewa masih tidak mencukupi.

“Kanak-kanak di sini bukan sahaja belajar, malah menerima rawatan. Mereka memerlukan perhatian khas serta tempat permainan yang selamat untuk menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan sokongan ibu bapa dan guru,” jelasnya.

Joseph berkata, projek itu telah diluluskan oleh jawatankuasa berkaitan dan lawatan beliau hari ini adalah bagi memberi taklimat serta mengesahkan skop kerja.

“Secara dasarnya semua pihak telah bersetuju tempoh kontrak pembinaan ialah empat bulan. Kami berharap projek ini dapat disiapkan sebelum Krismas sebagai hadiah bermakna untuk kanak-kanak di sini,” ujarnya.

Beliau menambah, projek berkenaan juga merupakan janji yang dibuatnya ketika melawat pusat itu tahun lalu.

“Ketika itu saya berkongsi keperluan untuk menyediakan taman permainan yang lebih baik, dan kini janji tersebut ditunaikan. Menurut jawatankuasa, kemudahan sebelum ini pernah ada tetapi sudah usang. Maka, inilah masa yang sesuai untuk membina pusat permainan baharu demi manfaat murid-murid istimewa,” katanya.

Terdahulu, Chieng menyaksikan penyerahan kontrak projek dari Penolong Jurutera Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Amira Akon kepada Pengarah syarikat 3R Enterprise, Abdul Rafie Abdul Razak.

Turut hadir Naib Pengerusi Pusat Agape Sibu, Dato Thomas Tieng dan Pengerusi Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu, Datuk Janet Lau, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Teh Jo Hun serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kelab Malaysiaku medan lahirkan generasi muda berjiwa patriotik
Next: 96 warga PPD Subis terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.