BEKENU: Sebanyak 13 pertubuhan menerima Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP), manakala 20 pertubuhan menerima konopi bagi menjalankan pelbagai kegiatan di kampung dan rumah panjang baru-baru ini.
Penyerahan geran MRP disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus, di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu.
Rosey berkata, jumlah keseluruhan geran MRP yang disalurkan kepada 13 pertubuhan berkenaan ialah RM54,200 dan berharap bantuan itu dapat digunakan sebaik mungkin bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Sementara itu, 20 pertubuhan yang menerima konopi terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), masjid dan surau di kawasan DUN Bekenu.
Penyerahan konopi berkenaan disempurnakan oleh Pegawai Khas Pusat Khidmat DUN Bekenu, William Changgan.
Oleh Adum Liu




