Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM54,000 disalur kepada rumah ibadat di DUN Bawang Assan
  • Tengah
  • WILAYAH

RM54,000 disalur kepada rumah ibadat di DUN Bawang Assan

Utusan Sarawak 8 hours ago
UNTUK RAKYAT…..Lau (duduk, tengah sekali) merakam kenangan bersama para penerima geran MRP Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Ibu Pejabat SUPP Sibu, Jalan Kampung Datu, hari ini.

SIBU: Sebanyak 25 gereja dan dua tokong di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM54,000 dari Timbalan Premier Sarawak yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, hari ini.

Majlis penyerahan geran tersebut yang berlangsung di Ibu Pejabat SUPP Sibu, Jalan Kampung Datu disempurnakan oleh Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie.

Lau dalam ucapannya menyifatkan pemberian geran tersebut adalah sebagai usaha berterusan dalam memelihara kebajikan serta keharmonian komuniti setempat.

Menurutnya, ini merupakan kali kedua peruntukan disalurkan hasil daripada mandat rakyat, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak untuk membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang agama.

“Terima kasih kepada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada semua rumah ibadat, khususnya di kawasan ini. Ia bukan sekadar bantuan kewangan, malah satu simbol sokongan terhadap peranan rumah ibadat dalam menyatukan masyarakat dan memelihara kesejahteraan komuniti,” katanya.

Lau turut menyentuh aspirasi kepimpinan negeri yang menekankan pembinaan kekuatan Sarawak, termasuk usaha menuntut hak ekonomi dalam bidang perubatan, pendidikan serta merancakkan pembangunan ekonomi negeri.

“Namun yang lebih penting, kita mesti terus memainkan peranan untuk melindungi keharmonian masyarakat dan memperkukuhkan semangat perpaduan yang menjadi asas kestabilan Sarawak,” ujarnya.

Tambahnya, kerjasama erat antara pasukan kepimpinan tempatan, ketua masyarakat dan ahli majlis akan terus diperkasakan bagi membina sebuah masyarakat yang lebih harmoni dan stabil, seterusnya membawa Sarawak ke arah kemajuan yang menyeluruh.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 3,532 mangsa banjir di Baram setakat semalam
Next: BBP Lutong cerminan perpaduan rakyat Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.