RM53,800 peruntukan MRP disalur kepada 52 penerima di DUN Mulu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
TAHNIAH… Penerima cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bergambar bersama Datuk Gerawat Gala selepas majlis penyerahan cek di Mulu, hari ini.

MARUDI: Sejumlah RM53,800 menerusi peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) disalurkan kepada 52 penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu bagi melaksanakan pelbagai aktiviti dan projek yang dirancang.

Penyerahan cek MRP itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, di Pusat Khidmat DUN Mulu, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, menasihati semua penerima supaya menggunakan peruntukan berkenaan dengan sebaik-baiknya, khususnya bagi melaksanakan aktiviti atau projek yang telah dirancang.

Dalam pada itu, beliau berharap laporan diserahkan kepada Pusat Khidmat DUN Mulu atau beliau sendiri sebaik sahaja projek berkenaan selesai dilaksanakan untuk tujuan rekod.

Oleh JIKU JUGUONG