Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM530,000 perkasa infrastruktur, komuniti Kampung Sikog
  • WILAYAH

RM530,000 perkasa infrastruktur, komuniti Kampung Sikog

Utusan Sarawak 3 days ago
TIMBALAN Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) merangkap ADUN Mambong, Datuk Dr Jerip Susil menghadiri sambutan Hari Gawai Kampung Sikog, semalam. Foto UKAS

PADAWAN: Sebanyak RM530,000 telah diperuntukkan bagi pembangunan infrastruktur dan komuniti di Kampung Sikog sebagai usaha memperkasakan pembangunan luar bandar dan meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM500,000 disalurkan bagi pelaksanaan fasa kedua pembinaan jalan baharu ke kawasan air terjun Baan Gong melalui Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Perancangan sedang dijalankan untuk membangunkan sektor pertanian dan pelancongan sebagai pemangkin ekonomi tempatan yang mampan,” katanya pada sambutan Hari Gawai Kampung Sikog, semalam.

Selain itu, beliau mengumumkan peruntukan RM30,000 di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sikog bagi menyokong aktiviti kemasyarakatan serta pembangunan komuniti.

Beliau turut menegaskan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam membawa kemajuan ke kawasan berkenaan, termasuk pelaksanaan projek pemasangan tiang lampu jalan, pembaikan jalan raya dan penambahbaikan sistem perparitan.

Beliau turut mengiktiraf peranan penting Sekolah Kebangsaan (SK) St. Augustine dalam bidang pendidikan serta kerjasama erat yang terjalin antara pihak sekolah dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang menjadikan institusi tersebut antara yang cemerlang di kawasan Mambong.

-UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Muara Tuang tinjau gangguan air berlarutan di dua kampung
Next: Projek MADANI Kelaman Khazanah Seni Lahanan angkat warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.