Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM50,000 diluluskan bagi penyimenan jalan ke Rumah Landing
  • Tengah
  • WILAYAH

RM50,000 diluluskan bagi penyimenan jalan ke Rumah Landing

Utusan Sarawak 3 days ago
SAKSI… Datuk Ding Kuong Hiing menyaksikan penyerahan tapak RTP, semalam. 

BINTANGOR: Sebuah projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) kerajaan Sarawak melibatkan peruntukan sebanyak RM50,000 telah diluluskan bagi kerja-kerja penyimenan jalan ke Rumah Landing.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing, jalan tersebut menghubungkan Rumah Landing dengan Jalan Rumah Jawi di Sungai Gemuan, melibatkan jarak sepanjang 190 meter.

Semalam, beliau telah hadir untuk menyaksikan penyerahan tapak RTP tersebut di Rumah Landing. 

“Saya berharap, apabila jalan tersebut telah siap disimen, ia dijadikan jalan alternatif untuk penduduk Rumah Landing. 

“Jalan lama penduduk di sini kerap dibanjiri air apabila air pasang dan juga ketika hujan lebat,” katanya ketika ditemui media. 

Koung Hiing turut berharap agensi pelaksana seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Bahagian Sarikei akan memastikan kontraktor dilantik melalui cabutan undi mengikut proses kerja yang telah dicadangkan agar projek dilaksanakan mengikut apa yang telah ditetapkan. 

“Semua projek RTP ini merupakan inisiatif kerajaan Sarawak dan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk setempat apabila projek tersebut siap dilaksanakan. 

“Dalam masa yang sama, ia merupakan inisiatif kerajaan Sarawak kepada rakyat Sarawak amnya penduduk Rumah Landing dan Rumah Jawi,” katanya. 

Beliau turut memuji segala spesifikasi projek telah diikuti dalam dokumen kelulusan projek dan ia dilaksanakan dalam masa tiga bulan iaitu bermula 18 Ogos 2025 sehingga 19 November 2025 untuk disiapkan oleh kontraktor yang telah dilantik.

Turut hadir Penolong Jurutera JPSBahagian Sarikei, Shahrizal Saperi dan Tuai Rumah Landing Muyang. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Isu air berulang di SMK Ulu Balingian, ADUN Tamin tuntut tindakan segera
Next: Fasiliti serba lengkap SAA bantu anak autisme di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.