Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • RM5.4 juta daging beku haram dirampas dalam dua serbuan di Miri
  • JENAYAH

RM5.4 juta daging beku haram dirampas dalam dua serbuan di Miri

Utusan Sarawak 3 weeks ago

KUCHING: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak berjaya menggagalkan aktiviti pengedaran daging beku tanpa lesen menerusi siri serbuan di bawah Op Taring Khazanah, yang dijalankan pada 22 Mei lalu di dua premis berasingan di daerah Miri.

Dalam operasi tersebut, tiga lelaki tempatan telah ditahan, manakala daging beku bernilai lebih RM5.43 juta dirampas.

Menurut Pemangku Komander Polis Marin, Supt Rusdin Banin, serbuan pertama dilakukan di premis Asean Coldstorage, Lot 1730, Kawasan Perindustrian Eastwood, Jalan Lopeng Bypass.

“Premis berkenaan didapati menyimpan pelbagai jenis daging beku yang disyaki diimport secara haram dan dijual di pasaran tempatan tanpa dokumen sah,” katanya.

Seorang lelaki tempatan yang dipercayai penjaga premis telah ditahan bagi membantu siasatan. Turut diperiksa di lokasi ialah sebuah lori 5 tan yang dipandu seorang lagi lelaki tempatan dan sarat dengan daging beku yang sama.

Rampasan dan tangkapan kes pertama ini disiasat di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Serbuan kedua dilakukan di Sunshine Trading, Lot 1888, juga di Kawasan Perindustrian Eastwood, di mana pihak berkuasa menemui lebih banyak daging beku yang dipercayai diimport tanpa dokumen lengkap.

Seorang lagi lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis turut ditahan.

Rusdin menjelaskan, kes kedua ini juga disiasat di bawah Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta KPDN (Peraturan Kawalan Bekalan – Larangan Import) 2021, dan Akta Pelesenan.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dalam kedua-dua serbuan dianggarkan RM5,434,171.06.

Beliau turut menggesa orang ramai agar menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras aktiviti penyeludupan dan pengedaran haram hasil ternakan.

“Di bawah Seksyen 9(1), Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, individu yang mengimport ternakan atau produk berasaskan ternakan tanpa permit sah boleh didenda sehingga RM50,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali,” tegas Rusdin.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: PGA Sarawak rampas barangan seludup RM6.33 juta
Next: Lelaki maut ditembak rakan sendiri ketika berburu di Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.