Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM46,727 untuk naik taraf Surau An-Nur Rahman Kampung Metang Disa
  • Tengah
  • WILAYAH

RM46,727 untuk naik taraf Surau An-Nur Rahman Kampung Metang Disa

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Surau An-Nur Rahman Kampung Metang Disa, Kabong semalam. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Surau An-Nur Rahman, Kampung Metang Disa bakal berwajah baharu selepas menerima peruntukan berjumlah RM46,727 bagi tujuan menaik taraf kemudahan demi keselesaan dan kesejahteraan para jemaah serta masyarakat setempat.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, penyaluran dana tersebut bertujuan memastikan infrastruktur surau lebih kondusif bagi menyokong pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di kawasan berkenaan.

​Beliau menekankan bahawa peranan surau adalah sangat penting sebagai pusat kegiatan masyarakat, selain menjadi wadah utama yang mampu memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan penduduk.

​Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Surau An-Nur Rahman Kampung Metang Disa, dekat sini semalam.

​Chee Kadir turut menzahirkan harapan agar Jawatankuasa Pengurusan Surau sentiasa memastikan premis tersebut berada dalam keadaan bersih, terurus, dan indah memandangkan kedudukannya yang terletak di bahu jalan serta sering menjadi perhatian orang ramai.

​Terdahulu, kehadiran beliau bersama isteri, Datin Meryani Yassin ke majlis tersebut disambut meriah, di mana beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada pihak penganjur atas kejayaan melaksanakan program tersebut.

​Dalam ucapan yang sama, beliau memuji usaha berterusan penduduk Kampung Metang Disa dan jawatankuasa surau dalam memakmurkan rumah ibadat itu serta komitmen mereka memperkukuh silaturrahim sesama komuniti.

​Menurut beliau, sambutan Aidilfitri seharusnya dilihat sebagai kesempatan terbaik untuk memperkukuhkan ukhuwah, memupuk nilai bermaaf-maafan, serta menyemai semangat perpaduan yang lebih erat dalam masyarakat.

​Chee Kadir turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penduduk Kampung Metang Disa serta rakyat di kawasan Kabong secara amnya.

​Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penghulu Haji Rahman @ Dom Kapok dan Ustaz Afendi Ismail, Ketua Mukim Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Betong bagi memeriahkan lagi suasana sambutan.

​Hadir sama ialah Ketua Kaum Kampung Metang Disa, Faizal Sulieman; Pengerusi Masjid Assabirin Kabong, Johar Bidi; serta Pengerusi Surau An-Nur Rahman, Narawi Drahman bersama penduduk sekitar.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Gotong-royong di Tebingan Sungai Limbang pupuk kesedaran kebersihan
Next: Jambatan baharu Kampung Munggo Sawa tingkatkan keselamatan dan kesejahteraan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.