Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM45,000 geran MRP diagih kepada tujuh penerima
  • Tengah
  • WILAYAH

RM45,000 geran MRP diagih kepada tujuh penerima

Utusan Sarawak 5 months ago
UNTUK ALBUM… Wong (duduk, lima kiri) merakamkan kenangan bersama para penerima MRP di pusat perkhidmatan Parti Demokratik Progresif (PDP) Bawang Assan, hari ini.

SIBU: Sebanyak RM45,000 peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan kepada tujuh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), sekolah, dan persatuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan, hari ini.

Penerima bantuan tersebut termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Rantau Panjang, PIBG SK Nanga Tutus, PIBG SK Tanjung Penasu, JKKK Rumah Unjah Sungai Melangan, Persatuan Perkhidmatan Komuniti Sibu, Kelab Lion Sungai Merah dan Kuil Komander Hui Hui.

Penyerahan geran ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Datuk Seri Wong Soon Koh di pusat perkhidmatan Parti Demokratik Progresif (PDP) Bawang Assan.

Dalam ucapannya, Wong mengakui bahawa peruntukan ini mungkin tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan komuniti, namun beliau berjanji akan terus berusaha membantu rakyat di kawasan tersebut.

“Saya tahu apa yang diberikan mungkin tidak cukup, tetapi kita akan cuba bantu semua yang memerlukan. Banyak yang memohon, dan kita cuba adil dalam pengagihan ini.

“Saya harap semua akan gembira dan dapat menggunakan peruntukan ini untuk aktiviti yang dirancang,” katanya pada ucapan ringkas majlis tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa prosedur untuk mengagihkan geran memerlukan pematuhan kepada peraturan tertentu bagi memastikan ketelusan.

Wong menegaskan pentingnya menyediakan bukti perbelanjaan seperti laporan dan resit bagi mengelakkan sebarang masalah sekiranya pihak berkuasa membuat pemeriksaan.

“Saya harap dana ini dapat digunakan dengan sebaik-baiknya dan penerima dapat memastikan dokumentasi lengkap bagi setiap perbelanjaan,” tambahnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Padi: Sarawak sasar bangunkan kawasan 14,000 hektar, guna peruntukan RM1 bilion
Next: Penambahan balai bomba mini, percepatkan kendalian kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.