Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM448,000 disalur kepada JKKK dan pelajar IPT di Song
  • Tengah
  • WILAYAH

RM448,000 disalur kepada JKKK dan pelajar IPT di Song

Utusan Sarawak 1 day ago

UNTUK RAKYAT… Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis Penyerahan Cek dan Insentif Pelajar di Song, hari ini.

SONG: Sebanyak RM448,000 telah disalurkan kepada 45 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Song menerusi majlis Penyerahan Cek dan Insentif Pelajar, diadakan di sini hari ini.

Daripada jumlah tersebut, kawasan di bawah pentadbiran Penghulu Vincent Jugah menerima sebanyak RM174,500, manakala kawasan di bawah Penghulu Sumpeng Jinggai menerima RM273,500.

Bantuan diagihkan dalam bentuk sumbangan RM500 sepintu bilik, dengan jaminan tiada rumah panjang tercicir daripada senarai penerima.

Turut menerima manfaat ialah 105 pelajar dari Daerah Song yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), dengan insentif RM500 seorang, menjadikan jumlah keseluruhan RM52,500.

BERSAMA RAKYAT… Alexander Nanta Linggi merakam kenangan bersama para penerima selepas majlis penyerahan cek. Turut kelihatan, ADUN Katibas Lidam Assan (tujuh dari kanan).

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kawasan berkenaan turut menerima sumbangan menerusi program ini.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam ucapannya menegaskan bahawa semua bantuan yang diberikan perlu digunakan dengan berhemah dan telus, khususnya oleh JKKK.

“Gunakan bantuan ini sebaik-baiknya demi kesejahteraan masyarakat. Laporkan perbelanjaan dengan telus dan jangan sesekali disalahgunakan,” tegas beliau.

Ahli Parlimen Kapit itu juga menggesa agar generasi muda di Song dan Kapit memanfaatkan dasar baharu kerajaan Sarawak, yang akan membiayai sepenuhnya pengajian anak-anak Sarawak di universiti atau IPT tempatan bermula tahun depan.

Dalam ucapannya, Nanta turut memaklumkan bahawa projek pembinaan Jambatan Ulu Katibas di Sungai Bangkit bernilai RM35 juta telah ditender.

Sementara itu, projek pembinaan jalan sepanjang tujuh kilometer dengan kos RM70 juta pula akan ditender dalam masa terdekat.

Beliau menggesa agar pemilik tanah memberikan kerjasama penuh demi melancarkan pelaksanaan projek kerajaan untuk manfaat rakyat.

Turut hadir ADUN Katibas, Lidam Assan, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, Ambrose Abong Bugek serta Setiausaha Politik Premier Sarawak, Watson Awan Jalai

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Limbang bakal terhubung sepenuhnya menerusi tiga projek jalan raya mega
Next: Seminar Skuad antidadah perkasa peranan belia IPT dalam usaha cegah dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.