Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM42,000 disalur, komuniti Rumah Tanjong dapat manfaat langsung
  • Utara
  • WILAYAH

RM42,000 disalur, komuniti Rumah Tanjong dapat manfaat langsung

Utusan Sarawak 5 hours ago
SELAMAT DATANG…Datuk Gerawat Gala disambut mesra penduduk Rh Tanjong
Stapang C, pada Program Pemimpin bersama Rakyat. Foto: Jiku Juguong

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Tanjong, Stapang B, di sini hari ini.

Kehadiran beliau memberi peluang untuk bersemuka dengan penduduk rumah panjang berkenaan serta mendengar sendiri pandangan, cadangan dan keperluan komuniti setempat.

Menurut Gerawat, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, ketika beliau mula menjadi wakil rakyat di kawasan itu, penduduk Rumah Tanjong telah memohon pembinaan rumah panjang baharu, yang kini telah siap sepenuhnya.

DATUK Gerawat Gala memotong kek sempena Program Pemimpin Bersama Rakyat. Foto: Jiku Juguong

Dalam pada itu, beliau meluluskan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM35,000 bagi kerja pemasangan jubin di ruai rumah panjang tersebut demi keselesaan dan keselamatan penduduk.

Selain itu, sebanyak RM7,000 turut disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Tanjong bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan mereka.

Beliau berharap bantuan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada seluruh penduduk serta mengukuhkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam komuniti.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: SKAS 2026 manfaatkan 15,047 penerima di Lawas
Next: Komitmen Ramadan pelajar Politeknik Mukah dihargai menerusi sumbangan khas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.