Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RM42 bilion hutang 1MDB telah dibayar – PM Anwar
  • NASIONAL

RM42 bilion hutang 1MDB telah dibayar – PM Anwar

Utusan Sarawak 2 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih belum selesai sepenuhnya dan jumlah obligasi kewangan 1MDB melebihi RM50 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata sejak 2018 sehingga sekarang, sebanyak RM42 bilion telah dibayar untuk melunaskan hutang tersebut termasuk prinsipal dan faedah serta komitmen 1MDB.

“Hutang pasaran 1MDB yang diwarisi sejak 2018 berjumlah RM34 bilion dari segi nilai prinsipal dan melibatkan komitmen faedah kira-kira RM17 bilion.

“Ini bermakna jumlah obligasi kewangan 1MDB lebih RM50 bilion,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata daripada RM42 bilion itu, hanya RM29 bilion dapat dibiayai melalui dana hasil pemulihan aset 1MDB.

“Ini jelas menunjukkan usaha pemulihan aset tidak mencukupi untuk menampung komitmen pembayaran balik liabiliti 1MDB,” kata beliau.

Beliau berkata baki obligasi hutang 1MDB perlu melibatkan dana kerajaan berjumlah RM13 bilion.

“Ini satu kerugian besar kepada negara. Hutang 1MDB belum selesai sepenuhnya. 

“Masih terdapat baki obligasi hutang 1MDB sebanyak RM9 bilion, iaitu bayaran prinsipal dan faedah Sukuk Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) sehingga 2039 merangkumi prinsipal RM5 bilion dan faedah RM4 bilion,” kata beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi).- Bernama

Continue Reading

Previous: 12 ahli baharu dilantik ke MPPN bagi penggal 2025-2027 – KPN
Next: Kerajaan komited penyasaran subsidi RON95, tolak cadangan Bank Dunia ikut harga pasaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.