Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM42.3 juta laksana 16 projek utiliti dan telekomunikasi
  • TEMPATAN

RM42.3 juta laksana 16 projek utiliti dan telekomunikasi

Utusan Sarawak 17 hours ago
MOHAMAD Duri semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi BDDA di Bilik Mesyuarat Kompleks DUN Sarawak dekat sini semalam. Foto ADUN Kalaka

PETRA JAYA: Peruntukan berjumlah RM42.3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan 16 projek pembangunan di bawah Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi, Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi BDDA, Mohamad Duri berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi BDDA di Bilik Mesyuarat Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dekat sini semalam.

“Sebanyak 16 projek di bawah Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi telah diluluskan oleh BDDA sebelum ini dimana kemajuan kerjanya, enam projek kini dalam peringkat pelaksanaan.

“Manakala 10 projek lainnya masih dalam perancangan serta reka bentuk,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepada agensi pelaksana agar kesemua projek yang telah diluluskan di bawah Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi BDDA adalah digesa untuk dipercepatkan pelaksanaannya.

Beliau tidak mahu ada isu kelewatan yang berlaku pada kesemua projek itu dan mahu agensi pelaksana serta kontraktor yang telah dilantik dan meminta kerjasama semua pihak memantau perkembangan projek dilaksanakan itu kerana ia membabitkan kepentingan rakyat.

“Saya berharap dengan kerjasama semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang terlibat bersama agensi pelaksana untuk turun padang berterusan untuk memantau pelaksanaan projek terbabit itu nanti.

“Semoga kesemua pelaksanaan projek-projek itu nanti akan memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar Bahagian Betong amnya,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hanya 30 minit ke Brunei bila Jambatan Kedua Sungai Limbang siap April 2026
Next: Surau Al-Falah Taman Mesra Bako terima sumbangan melalui Rangkaian Kasih NS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.