Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM402,000 disalurkan bantu Tabika, Taska KEMAS dan PIBG di Parlimen Betong
  • Tengah
  • WILAYAH

RM402,000 disalurkan bantu Tabika, Taska KEMAS dan PIBG di Parlimen Betong

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO’ Dr Richard Rapu semasa hadir pada dua majlis berasingan penyerahan cek peruntukan kepada Tabika, Taska KEMAS dan PIBG di Parlimen Betong di Pejabat Daerah Kecil Spaoh, kelmarin. Foto: Dr Richard Rapu

SPAOH: Peruntukan berjumlah RM402,000 telah disalurkan kepada Tabika, Taska KEMAS dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Parlimen Betong bagi meringankan keperluan pendidikan dan kebajikan murid serta pelajar.

Daripada jumlah itu, RM145,000 diagihkan kepada 45 TABIKA dan TASKA KEMAS, manakala RM250,000 diperuntukkan kepada lebih 40 sekolah rendah dan menengah melalui PIBG.

Ahli Parlimen Betong, Dato’ Dr Richard Rapu, berkata peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) itu diberikan lebih awal supaya sekolah dapat merancang keperluan mereka menjelang sesi persekolahan kembali kepada jadual asal.

“Walaupun jumlah sumbangan tidak besar, ia diharap dapat menjadi pelengkap kepada bantuan lain yang turut disediakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menyokong sekolah pada awal tahun persekolahan,” katanya.

Majlis ringkas penyerahan cek geran sumbangan berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Spaoh, dengan kehadiran wakil-wakil institusi pendidikan serta PIBG tempatan.

Dr Richard menegaskan, sumbangan tahunan ini amat penting untuk meringankan beban ibu bapa dan guru, terutamanya dalam menampung kos aktiviti kurikulum, kokurikulum, dan sukan.

Selain itu, peruntukan itu juga membolehkan murid dan pelajar menyertai program di luar daerah atau luar Sarawak, sekali gus membuka peluang pengalaman baharu kepada mereka.

Beliau menambah, Parlimen Betong komited memastikan pendidikan dan kesejahteraan pelajar sentiasa diberi perhatian serius oleh kerajaan dan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: PDRM mantapkan keselamatan murid hari pertama persekolahan di SMK Lubok Antu
Next: Jambatan Beleti RM5 juta siap, tingkat keselamatan dan perhubungan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.