Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM400k diperuntuk untuk tangani tanah susur di Kampung Seberang Maludam
  • Selatan
  • WILAYAH

RM400k diperuntuk untuk tangani tanah susur di Kampung Seberang Maludam

Utusan Sarawak 18 hours ago

Dayang Noorazah turun padang meninjau keadaan tanah runtuh di Kampung Seberang Maludam susulan aduan daripada penduduk, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

MALUDAM: Ancaman tanah runtuh di Kampung Seberang Maludam mendapat perhatian segera apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor turun padang meninjau keadaan susulan aduan daripada penduduk, hari ini.

Kejadian tanah susur berhampiran tebing sungai itu telah menyebabkan rekahan ketara pada permukaan jalan raya, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pengguna.

“Keadaan ini berpotensi menjadi lebih serius sekiranya tidak ditangani segera. Keselamatan penduduk adalah keutamaan,” tegas Dayang Noorazah.

Bagi menangani masalah tersebut, projek pembaikan akan dilaksanakan melalui peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjumlah RM400,000, dengan langkah-langkah mitigasi khusus untuk mengukuhkan struktur tanah dan memulihkan laluan jalan yang terjejas.

Dayang Noorazah turun padang meninjau keadaan tanah runtuh di Kampung Seberang Maludam susulan aduan daripada penduduk, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Lingga

Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati serta mempertimbangkan laluan alternatif bagi mengelakkan risiko kemalangan.

Selain itu, Dayang Noorazah memaklumkan bahawa pihaknya akan memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan Sarawak bagi melaksanakan kerja-kerja susulan, termasuk langkah pencegahan jangka panjang.

Beliau menggesa semua pihak berkaitan, termasuk agensi teknikal dan pihak berkuasa tempatan, untuk mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut demi memastikan keselamatan serta kelancaran perhubungan penduduk kampung.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Klinik Kesihatan Kabong anjur program kesedaran penyusuan, terima sumbangan peralatan baharu
Next: Heritage Walk 2.0 tawar pengalaman unik teroka gua bersejarah Niah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.