Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM400,000 laksana dua projek RTP di DUN Krian
  • Tengah
  • WILAYAH

RM400,000 laksana dua projek RTP di DUN Krian

Utusan Sarawak 14 hours ago
LAWATAN siasatan tapak projek RTP 2026 yang diadakan oleh Pusat Khidmat DUN Krian bersama Majlis Daerah Saratok, hari ini. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Sebanyak RM400,000 diperuntukkan bagi melaksanakan dua projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diluluskan bagi 2026.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata peruntukan tersebut akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan awam yang memberi manfaat terus kepada penduduk setempat.

Menurutnya, dua projek yang diluluskan ialah Projek Rumah Patricia Sungai Bangkong di Kabo serta Projek Naik Taraf Gelanggang Serbaguna Lubok Aping di Awik.

“Setiap projek menggunakan peruntukan RTP yang masing-masingnya berjumlah RM200,000 itu adalah bagi memastikan kemudahan yang lebih selesa dan selamat dapat disediakan kepada komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan siasatan tapak projek RTP 2026 yang diadakan oleh Pusat Khidmat DUN Krian bersama Majlis Daerah Saratok, hari ini.

Katanya, lawatan tersebut bertujuan menilai keadaan semasa lokasi projek selain memastikan perancangan pelaksanaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Tambah beliau, projek Rumah Patricia Sungai Bangkong dijangka memberi manfaat kepada penduduk sekitar sebagai kemudahan komuniti untuk pelbagai aktiviti masyarakat.

Sementara itu, projek naik taraf Gelanggang Serbaguna Lubok Aping pula akan meningkatkan kemudahan sukan dan rekreasi yang sedia ada bagi kegunaan golongan belia serta penduduk kampung.

Hadir dalam lawatan tersebut ialah Riza Nalang mewakili Pusat Khidmat DUN Krian serta bersama beberapa pegawai teknikal daripada Majlis Daerah Saratok selaku agensi pelaksana projek.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga santuni Majlis Iftar Ramadan bersama penduduk Kampung Pangkat
Next: Anak ular sawa ‘kenyang’ sembunyi dalam dinding rumah penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.