Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RM4.6 bilion diperuntuk: Sarawak perkukuh infrastruktur air menerusi Pelan Induk Grid Air
  • TEMPATAN

RM4.6 bilion diperuntuk: Sarawak perkukuh infrastruktur air menerusi Pelan Induk Grid Air

Utusan Sarawak 1 day ago
PERASMIAN…. Dato Sri Julaihi Narawi menyempurnakan majlis perasmian Projek ‘Acute System’ Daro, hari ini.

DARO: Kerajaan Sarawak terus komited menyelesaikan isu bekalan air secara menyeluruh menerusi pelaksanaan Pelan Induk Bekalan Air dan Grid Air Sarawak, satu inisiatif jangka panjang yang diilhamkan oleh Premier Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, Pelan Induk ini yang dihasilkan melibatkan pelbagai kementerian dan agensi telah siap pada 2021 dan diselaras oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak. 

Menurutnya, Pelan Induk ini telah menggariskan pembangunan bekalan air di Sarawak untuk tempoh sehingga 2025, 2040 dan 2070, yang merangkumi tiga teras strategik iaitu pertama permintaan air, kedua rawatan dan pengagihan air serta ketiga iaitu kualiti dan kecukupan air untuk kedua-dua air mentah dan air terawat.

“Pelan Induk ini bertujuan untuk membangunkan sistem grid air yang meliputi pembangunan sumber air mentah, rawatan dan pengagihan air yang akan menghubungkan semua loji utama merentasi seluruh Sarawak, sekali gus membentuk sistem grid air yang berterusan.

“Bagi komuniti yang tinggal di kawasan terpencil pula, mereka akan dibekalkan dengan bekalan air bersih dan selamat melalui Sistem Alternatif Off-Grid iaitu Sarawak Alternative Water Supply System (SAWAS),” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Projek ‘Acute System’ Daro, hari ini.

Tambah beliau, bagi melaksana Pelan Induk ini, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM 4.6 billion di bawah Pembiayaan Alternatif dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang melibatkan 406 projek. 

“Setakat ini, sebanyak 292 projek bekalan air atau 71.7 peratus telah siap, 77 projek atau 18.9 peratus dalam peringkat pra kontrak dan bakinya dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.

“Kerajaan Sarawak sentiasa meletakkan keutamaan kepada penambahbaikan infrastruktur utiliti dan ekosistemnya agar visi untuk membekalkan 100 peratus liputan bekalan air ke seluruh Sarawak menjelang 2030 dapat dicapai,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata, salah satu cabaran utama dalam industri bekalan air ialah Kadar Air Tidak Berhasil (NRW) yang tinggi akibat kebocoran paip dan kecurian air.

“Oleh sebab itu, kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan bernilai sekitar RM1.1 bilion di bawah Pembiayaan Alternatif bagi pelaksanaan projek penggantian dan naik taraf saluran paip sepanjang kira-kira 2,742 km di seluruh Sarawak.

“Program ini telah pun bermula pada penghujung tahun lepas dan akan dilaksana secara berfasa untuk tempoh lima tahun. Ini amat penting bagi kita mengurangkan kadar NRW yang masih agak tinggi sekali gus menambahbaik bekalan air sedia ada.

“Bagi Bahagian Mukah, peruntukan bernilai sekitar RM10.4 juta telah diluluskan untuk melaksanakan 11 projek penggantian paip baharu sepanjang 29.9 km bagi 2024 sehingga 2025.

“Peruntukan yang besar oleh Premier Sarawak ini menunjukkan komitmen besar beliau dan kerajaan Sarawak di dalam menyelesaikan isu bekalan air terutama sekali di kawasan-kawasan luar bandar,” ujarnya lagi.

Selain itu, kementeriannya sentiasa turun padang memantau perkembangan semua projek bekalan air di seluruh Sarawak agar projek tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Menyentuh mengenai projek ‘Acute System’ itu, Julaihi memberitahu, ia dilaksanakan sebagai penyelesaian jangka pendek dan segera sementara menunggu sistem grid bekalan air Sarawak yang lebih menyeluruh siap dilakukan.

“Banyak kawasan di seluruh Sarawak yang kita telah laksanakan projek acute system ini dengan impak dan hasilnya amat positif kepada penambahbaikan sistem bekalan air sedia ada.

“Membekalkan air bersih dan terawat ke seluruh Sarawak merupakan satu tugas yang amat mencabar kerana separuh dari penduduknya tinggal di kawasan luar bandar dengan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, bergunung-ganang serta jauh di huluan sungai.

“Tetapi kerajaan Sarawak melalui kementerian tetap berusaha untuk memastikan semua rakyat termasuk di luar bandar yang terpencil mendapat bekalan air 24 jam menjelang 2030,” katanya.

Turut hadir ADUN Daro Safiee Ahmad, Residen Bahagian Mukah Datu Kueh Lei Poh, Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Komunikasi Datu Jafri Lias serta Pengarah JBALB Ir Ts Awang Mohammad Fadillah Awg Redzuan.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Diskaun 50% denda lewat tunggakan cukai taksiran di Sibu hingga Oktober ini
Next: Jambatan Batang Lupar 1 siap 84 peratus, sasar digunakan Gawai 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.