Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • RM4.3 juta diperuntuk selenggara, baik pulih Tabika dan Taska KEMAS di Sarawak
  • NASIONAL

RM4.3 juta diperuntuk selenggara, baik pulih Tabika dan Taska KEMAS di Sarawak

Utusan Sarawak 21 hours ago
TIMBALAN Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM4.3 juta diperuntukkan tahun ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan 115 premis Tabika dan Taska KEMAS di Sarawak.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata 20 projek baharu pembinaan tabika dan taska turut diluluskan di Sarawak meliputi pelbagai status pelaksanaan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Beliau berkata berdasarkan data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK), terdapat 1,010 premis Tabika dan Taska KEMAS di Sarawak, dan daripada jumlah itu, 189 premis beroperasi secara menumpang.

“Bagi tujuan penambahbaikan, satu kertas cadangan berkaitan penggazetan premis menumpang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) pada 26 Jun lepas,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) mengenai usaha menaik taraf atau membina baharu kelas Tabika KEMAS, khususnya yang beroperasi di bangunan daif dan masih menumpang di premis lain di Sarawak.

Rubiah berkata mesyuarat itu bersetuju supaya kerajaan negeri memulakan proses pewartaan atau penggunaan ke atas premis-premis berkenaan, sama ada tanah atau bangunan atas nama Program Pembangunan Modal Insan Komuniti (PPMIK).

“Proses ini amat penting bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf dilaksanakan demi menjamin persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan selamat untu  kanak-kanak serta tenaga pengajar,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Belanjawan 2026: Kerajaan mampu beri lebih manfaat hasil tatakelola baik – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.