Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • RM385,000 lesap gara-gara ‘polis’ palsu
  • JENAYAH

RM385,000 lesap gara-gara ‘polis’ palsu

Utusan Sarawak 18 hours ago
GAMBAR hiasan.

MIRI: Seorang penolong eksekutif yang bertugas di sebuah agensi kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM385,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon, yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa beliau terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan pihak Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah telah menerima laporan dibuat mangsa berusia lingkungan 50-an, semalam.

Beliau berkata, mangsa telah menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.

“Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram serta merupakan orang dikehendaki polis.

“Mangsa telah diarah mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  miliknya dan menyerahkan kepada polis kononnya untuk tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Farhan berkata, mangsa hanya menyedari ditipu dalam penipuan dalam talian membabitkan penyamaran sebagai pegawai polis apabila dia diminta membuat bayaran lain.

“Mangsa telah mengalami kerugian RM385,000 akibat kejadian itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara setahun dan 10 tahun, sebat dan denda.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua mekanik di Miri tertipu, RM86,000 lesap sekelip mata
Next: Wild chase police ends in arrest at Stampin Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.