Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • RM38 juta angkut gula ke Sarawak
  • BISNES
  • SEMASA

RM38 juta angkut gula ke Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
SOKONGAN… Datuk Armizan Mohd Ali menyampaikan sumbangan sebuah motosikal roda tiga kepada OKU, Mohd Hafizul Irfan Awang pada Program Ihya Ramadan Peringkat Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, hari ini. -Foto BERNAMA

PAPAR: Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM38 juta setahun bagi menampung kos pengangkutan perkapalan untuk membawa gula putih bertapis dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan, mesyuarat Kabinet baru-baru ini bersetuju dengan syor KPDN supaya meningkatkan kos pengangkutan daripada 10 sen sepaket gula kepada 20 sen, bermula bulan depan.

“Ini mencerminkan keprihatinan kerajaan Persekutuan dalam memastikan bekalan gula putih bertapis di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak terputus.

“Saya amat berterima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menyokong peningkatan kos peruntukan daripada RM19 juta kepada RM38 juta,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ihya Ramadan Parlimen Papar di Dewan Datuk Salleh Sulong, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata Kabinet turut bersetuju untuk mewujudkan stok penimbal gula sebanyak 1,000 tan metrik di Sabah, Sarawak, dan Labuan bagi memastikan tidak berlaku gangguan bekalan barangan asas tersebut.

“Bagi tujuan ini, perbincangan akan diadakan bersama dua syarikat pengilang gula tempatan, iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR).

“Kerajaan Persekutuan juga meluluskan peruntukan sekali bayar sebanyak RM1 juta bagi setiap stok penimbal memandangkan syarikat pengeluar gula berdepan kerugian,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bekalan gula negara diimport dari Thailand dan Brazil selepas penutupan kilang gula di Perlis.

Satu jawatankuasa teknikal pemantauan harga dan bekalan barangan telah diinstitusikan dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN dengan penglibatan pelbagai kementerian serta agensi berkaitan.

“Melalui mesyuarat berkala, jawatankuasa ini bukan sahaja bertindak secara responsif terhadap isu-isu berkaitan harga barang dan bekalan, tetapi juga membuat perancangan lebih awal, terutamanya bagi menghadapi musim perayaan,” katanya.

– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Subsidi RON95: Golongan berpendapatan rendah tidak terjejas
Next: Manfaat, cabaran e-Invois

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.