Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM370,000 geran diagih, JKKK digesa aktifkan pembangunan komuniti
  • Utara
  • WILAYAH

RM370,000 geran diagih, JKKK digesa aktifkan pembangunan komuniti

Utusan Sarawak 2 days ago
PERUNTUKAN KERAJAAN… Datuk Hasbi Habibollah bersama penerima geran kerajaan bagi JKKK di Parlimen Limbang.

LIMBANG: Kerajaan Persekutuan terus komited memperkasakan pembangunan akar umbi apabila menyalurkan geran berjumlah RM370,000 kepada 85 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan Parlimen Limbang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah, berkata setiap JKKK berdaftar digesa menggunakan peruntukan yang diterima secara strategik demi kesejahteraan dan pembangunan komuniti masing-masing.

“Tahun ini, undang-undang baharu telah dikuatkuasakan di mana hanya JKKK yang berdaftar secara sah akan menerima peruntukan kerajaan. Oleh itu, adalah penting untuk JKKK merancang dan melaksanakan program yang benar-benar memberi manfaat secara menyeluruh kepada penduduk kampung,” katanya semasa berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Batu Biah, hari ini.

Hasbi turut menegaskan bahawa pemimpin di peringkat Parlimen akan terus menyokong dan membantu JKKK dalam usaha mereka membawa kemajuan ke kawasan masing-masing.

Beliau berharap geran yang disalurkan dapat dimanfaatkan secara telus dan berkesan demi melonjakkan taraf kehidupan serta memperkukuh perpaduan masyarakat luar bandar.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPRMS bawa sinar baharu buat penduduk kurang berkemampuan di Lawas
Next: Mohamad Duri puji prestasi cemerlang JHBC Saratok di Kejohanan Tinju

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.