Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM36,000 peruntukan MRP diberi kepada lapan organisasi di Marudi
  • Utara
  • WILAYAH

RM36,000 peruntukan MRP diberi kepada lapan organisasi di Marudi

Utusan Sarawak 16 hours ago
TERIMA KASIH…Datuk Gerawat Gala bergambar bersama semua penerima MRP di kawasan DUN Mulu.

MARUDI: Sejumlah RM36,000 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diagihkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala kepada lapan organisasi di sekitar daerah ini.

Penyerahan cek MRP disempurnakan oleh beliau, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu, di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu, hari ini.

Peruntukan tersebut diserahkan Antara penerima peruntukan berkenaan ialah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Lubok Nibong (RM5,000), Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (PERKIP) Cawangan Marudi (RM3,500), Unit Saberkas Pekan Marudi (RM3,000) dan SIDS Sungai Ridan A, Marudi (RM8,000).

Turut menerima peruntukan ialah Borneo Evangelical Mission (RM3,000), Persatuan Youtuber Sarawak (RM5,000), PIBG SK Dato Sharif Hamid (RM3,500) serta Gereja Roman Katolik Basil Rh Gudang (RM5,000).

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Persidangan SIAC Di Sibu tonjol semangat baharu kepimpinan gereja
Next: Polis Daerah Lawas anjur Program Sembang Santai Bersama Orang Awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.