Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM350,000 diperuntuk bagi kerja pemulihan, naik taraf Taman Lalulintas Rejang
  • Tengah
  • WILAYAH

RM350,000 diperuntuk bagi kerja pemulihan, naik taraf Taman Lalulintas Rejang

Utusan Sarawak 1 day ago
LEE Kim Shin (duduk kiri) merakam kenangan bersama yang lain pada Sarawak Traffic Games (STG) Edisi Sibu 2025 di Taman Lalulintas Rejang di sini, hari ini.


SIBU: Kementerian Pengangkutan telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 bagi kerja pemulihan dan naik taraf Taman Lalulintas Rejang di sini, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.

Menterinya, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, taman itu merupakan antara enam taman lalulintas di Sarawak yang menerima peruntukan khas, termasuk di Kuching, Sri Aman, Sarikei, Bintulu dan Miri, bagi memastikan fungsinya sebagai ruang pembelajaran praktikal terus dimanfaatkan secara optimum.

“Rejang Park Traffic Garden, yang telah dibina lebih 30 tahun lalu, merupakan antara lokasi penting bagi penganjuran Traffic Games di Sibu.

“Hari ini, ia dinaik taraf sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh Kementerian Pengangkutan Sarawak untuk memperkukuh pendidikan keselamatan jalan raya secara praktikal,” katanya semasa merasmikan Sarawak Traffic Games (STG) Edisi Sibu 2025 di Taman Lalulintas Rejang, hari ini.


Tambahnya, pihaknya turut merancang untuk menambah bilangan taman lalulintas di seluruh negeri menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), agar setiap bahagian di Sarawak memiliki sekurang-kurangnya satu taman lalulintas.

Mengimbas sejarah penganjuran program itu, Lee berkata Shell Traffic Games yang dimulakan pada 1963 menerusi kerjasama strategik antara kerajaan Sarawak dan Shell Malaysia, telah memberi impak besar kepada pendidikan keselamatan jalan raya di negeri ini.

“Namun program ini terhenti pada 2015. Maka, saya amat berbangga kerana legasi ini telah dijenamakan semula dan dihidupkan kembali pada 2024 sebagai Sarawak Traffic Games di bawah pelaksanaan penuh Kementerian Pengangkutan Sarawak.

“Penganjuran akan diteruskan di Sri Aman dan Bintulu sebelum akhir tahun ini,” katanya.

Menurut Lee, Traffic Games bukan sekadar pertandingan tetapi platform pendidikan berbentuk simulasi, yang memberi peluang kepada murid sekolah rendah merasai pengalaman sebenar sebagai pengguna jalan raya, lengkap dengan peranan polis trafik dan penguatkuasaan saman sekiranya berlaku pelanggaran peraturan.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kesedaran mengenai keselamatan jalan raya perlu dipupuk sejak usia muda kerana kanak-kanak juga merupakan pengguna jalan raya, sama ada sebagai pejalan kaki, penunggang basikal atau penumpang.

“Melalui pendekatan menyeronokkan dan bermakna seperti ini, kita dapat menanam nilai tanggungjawab, disiplin dan sivik dalam diri mereka sejak awal,” jelasnya.

Penganjuran STG Sibu 2025 menyaksikan penyertaan sembilan sekolah rendah dan menengah dari sekitar Sibu, termasuk SK St Mary, SJK (C) Taman Rajang, SJK (C) Tung Hua dan SK Perbandaran Sibu No. 4.

Sementara itu, sekolah menengah disertai SMK Methodist, SMK Sungai Merah, SMK Bandar Sibu, SMK Tung Hua dan SMK Chung Hua Sibu.

“Penyertaan aktif sekolah-sekolah ini membuktikan komitmen komuniti pendidikan terhadap usaha melahirkan pengguna jalan raya yang berhemah dan bertanggungjawab,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya akan terus meluaskan capaian pendidikan keselamatan jalan raya ke kawasan luar bandar agar tiada pihak yang terpinggir.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 59 program Jualan Rahmah dilaksana di Parlimen Miri setakat 2 Ogos
Next: Bacaan IPU di Kuching kekal baik, tiada ancaman jerebu setakat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.